Pengikut

Khamis, 14 Julai 2011

Kumpulan rock Islamik : Al-Farabi Band, macam best saja

Berbeza dengan kumpulan sedia ada, Al-Farabi tampil dengan konsep rock Islamik, imej rock tetapi berserban dan bertudung, begitu juga lagu disampaikan berkonsep rock, tetapi lirik ketuhanan.

Bukan berniat mencetuskan kontroversi, sebaliknya Al-Farabi memilih konsep rock Islamik sebagai identiti kumpulan berkenaan kerana mengikut jejak idola mereka seorang ahli falsafah dan ilmuwan Islam, Imam Abu Nasr Muhammad Al Farabi.

Al-Farabi berkata, Imam Abu Nasr bukan sekadar ahli falsafah dan ilmuwan Islam, tetapi seorang pemuzik hebat, pencipta alat muzik gambus dan menghasilkan kitab ilmu muzik Islam berjudul ‘Al-Musiqa’.

Al-Farabi ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu dianggotai empat lelaki dan seorang wanita, bergerak secara indie.

Kebenaran dan perjuangan Islam menjadi mesej utama menerusi lagu disampaikan dalam rentak ‘nеw age progresif rock’.

Al-Farabi Band mengambil tempat di dunia muzik namun tampil dengan kelainan. Sejauh mana kelainan yang dibawa tu? Anda semua boleh nilai sendiri. Dalam suasana masyarakat kini penuh dengan hiburan yang tidak sihat, sudah pasti kita yang mencari alternatif hiburan bersesuaian agar selari dengan fitrah kita adalah hamba Allah.

Bunyi macam best, Betul ke? Nak tahu best ke tidak, jom layan clip kat bawah…


Album mereka dipasarkan menerusi laman sesawang alfarabiband.makymall.com.

Walaupun bergerak secara indie, Al-Farabi memiliki studio sendiri, Thе Al Farabi Musiqa Studio yang terletak di Shah Alam dan studio itu turut dibuka kepada umum.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan