Pengikut

Khamis, 14 Julai 2011

Pelajar Terengganu sertai perhimpunan Bersih di Kaherah

Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.

Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, pada masa ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia.

"YT memandang berat tindakan kumpulan pelajar berkenaan dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil,” katanya.

Katanya, jika didapati ada pelajar tajaannya terlibat dalam perhimpunan haram itu, mereka akan diberi surat tunjuk sebab dan jika pentadbir YT tidak berpuas hati, kemudahan tajaan termasuk pinjaman mereka akan ditamatkan. - Bernama

Gambar-gambar Himpunan Bersih 2.0 di Kaherah Mesir


Perhimpunan yang disertai hampir 300 mahasiswa/wi Al-Azhar dari seluruh Mesir itu termasuk mahasiswa/wi perubatan Al-Azhar itu, mula berhimpun jam 4 petang(waktu tempatan).

Perhimpunan tersebut mula meriah dan bersemangat apabila kebanyakkan mahasiswa/wi Azhar tiba di dataran tersebut setelah selesai solat Asar.

Hampir seluruh mahasiswa/wi Azhar pada masa itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga yang mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dalam menyokong seratus peratus perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur.

Perhimpunan ini juga telah dilaksanakan di beberapa buah negara yang lain seperti Australia,New York, Hong Kong dan beberapa negara lain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan