Pengikut

Rabu, 20 Julai 2011

Cincin RM24.45 juta, kenapa Rosmah berdiam diri?

Selepas hampir dua minggu, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih berdiam diri berhubung dakwaan beliau membeli sebentuk cincin berlian bernilai RM24.45 juta.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Rosmah sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan itu.

Katanya, selepas menyatakan tuduhan itu sebagai palsu, pihak berkenaan kini mendakwa berlian itu dibawa masuk ke negara ini bagi tujuan pameran.

“Maka muncul pula ‘borang kastam kedua’ kononnya berlian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu.

“Kononnya berlian itu untuk satu pameran belian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.

Chegubard pada 13 Julai lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung pembelian cincin ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand yang dibeli Rosmah.

Bukti pembelian cincin itu didapatinya melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York, Jacob & Co.

Selain cincin berkenaan, Chegu Bard mendakwa Rosmah juga memakai gelang dan jam ‘zebra’ dari jacob & Co, dianggarkan bernilai RM1.6 juta.

Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur diganggu selama tiga jam.

Beliau mengesyaki kewujudan satu borang yang dikeluarkan KDRM bagi membuktikan cincin itu dibawa keluar ke Singapura, 4 hari selepas itu. -KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan