Sandiwara pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak kian terserlah apabila kabinetnya semalam menolak hasrat rakyat untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdaka.
Ini kerana, Najib beberapa hari lalu mempelawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk berhimpun di mana-mana stadium sebagai ganti pada rancangan asal, iaitu berhimpun di ibunegara 9 Julai nanti.
Ini kerana, Najib beberapa hari lalu mempelawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk berhimpun di mana-mana stadium sebagai ganti pada rancangan asal, iaitu berhimpun di ibunegara 9 Julai nanti.
Bagaimanapun, Bersih 2.0 menegaskan bahawa pihaknya akan tetap menganjurkan perhimpunan di Stadium Negara walaupun mungkin terpaksa berhadapan dengan tangkapan awam polis menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta kerahan bersenjata tentera sebagaimana yang dirancang Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein sebelum ini.
"Apa pun berlaku antara sekarang dan kemudian (Sabtu ini), rakyat akan berhimpun secara bebas secara aman untuk meminta pilihan raya bebas dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai pukul 2 petang.
"Kami akan datang, kami akan (bertindak dengan) aman dan bersama, kami akan membina Malaysia yang lebih baik," kata gabungan itu.
Gabungan itu turut menyuarakan rasa kecewa kerana pentadbiran Najib sanggup memungkiri janji walaupun titah Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini memberi isyarat bahawa perimpunan Bersih 2.0 tidak salah jika dianjurkan di mana-mana stadium.
Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata keputusan kabinet tidak membenarkan hasrat Bersih berhimpun di ibunegara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selain faktor keselamatan.
Manakala, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar pula memainkan isu Bersih 2.0 masih tidak memohon permit polis untuk berhimpun di stadium tersebut demi menggagalkan rancangan Bersih 2.0.
Itu, tidak termasuk langkah Perkasa memohon tiga stadium untuk mengadakan demontrasi balas membantah usaha murni Bersih 2.0 membawa 8 tuntutan memperbaiki sistem pilihan raya negara. -PenangDaily
p/s: Macam-macam alasan mereka dalam usaha untuk mengagalkan himpunan Bersih 2.0 ini... I
Tiada ulasan:
Catat Ulasan