Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara’i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.
“Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam,” kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
Menurutnya lagi, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu.
Keputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.
Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.
Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.
Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia.
Sebelum ini dilaporkan kerajaan UMNO BN membelanjakan jutaan ringgit untuk membina monumen 1Malaysia, dan DAP menyelarnya serta menganggap ia sebagai satu pembaziran terhadap dana awam, apa tah lagi di ketika rakyat Malaysia sedang sengsara dengan kenaikan harga akibat pemotongan subsidi terhadap beberapa barangan keperluan.
“Mereka menyatakan bahawa mereka terpaksa bertindak demikian kerana masalah kewangan dan supaya penjimatan dapat dilakukan dengan pemotongan subsisdi gula dan minyak, tetapi RM38.4 juta dibelanjakan untuk tugu yang tak mendatangkan apa-apa faedah semata-mata untuk mempromosikan imej politik Perdana Menteri,” kata Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis dan Penolong Bendahari DAP.
Nga mendakwa di Pantai Remis sahaja terdapat lima struktur tugu berkenaan dan jarak setiap satunya tak sampai satu kilometer.
Beliau menganggarkan setiap satunya berharga sekurang-kurangnya RM5,000 untuk dibina.
Beliau khuatir ia akan menjadi seperti monumen Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad yang akhirnya semuanya musnah.
“Wang cukai dibazirkan dengan slogan kosong dan tugu kaku kononnya untuk mendokong aspirasi 1Malaysia, yang tak pernah pun menjadi kenyataan,” tambahnya.
Wang yang dibelanjakan itu sepatutny boleh digunakan untuk projek-projek prasarana asas di luarbandar, katanya.
“Harga gula telah naik sebanyak empat kali dalam setahun, dan harga minyak telah naik enam kali.
“Tetapi Barisan Nasional membelanjakan secara rakus dana awam untuk projek-projek gajah putih ini, seperti membina monumen 1Malaysia yang tak bermenafaat di beberapa kawasan bandar dan luarbandar,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan