Hari ini ditetapkan bagi Anwar membela diri, selepas Zabidin membuat keputusan tersebut pada 16 Mei lalu, dengan alasan wujud prima facie dalam kes berkenaan.
Zabidin juga sebelum ini memutuskan saksi utama perbicaraan, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.
Ia menerima kecaman keras peguam yang menganggap Zabidin membuat keputusan pra-penghakiman dan menghukum Anwar bersalah sebelum mengarahkannya membela diri.
Ini adalah percubaan kali ketiga, peguam membuat permohonan untuk menyingkirkan Zabidin sebagai hakim dalam kes berkenaan.
Berikut adalah laporan langsung daripada mahkamah:
9.00 pagi: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual-bual dengan peguam, Pawancheek Merican dan beberapa openyokong di dalam mahkamah sementara menunggu Hakim Mohamad Zabidin tiba. Anwar memakai sut kelabu dan kelihatan keletihan.
9.02 pagi: Peguam Anwar, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy dilihat bercakap-cakap dengan pendakwa raya, Datuk Mohd Yusoff Zainal Abiden.
9.32 pagi: Karpal Singh membuat permohonan untuk mengenepikan Hakim Mohamad Zabidin dari terus mendengar dan menghakimi kes Fitnah II.
Karpal mendakwa Hakim Zabidin melakukan pra-penghakiman sewaktu menyampaikan keputusan untuk memanggil Anwar membela diri.
Maka, menurut Karpal, Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dan tidak mungkin berlaku adil dalam menghakimi kes ini.
9.34 pagi: Pendakwa raya Yusoff Zainal Abiden menyampaikan hujahnya.
10.30: Pendakwa raya Yusoff zainal Abiden mendakwa kononnya pasukan peguam Anwar sengaja melengah-lengahkan perbicaraan.
Anwar yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu bertanya kepada Yusoff ‘Bila?’ beberapa kali dari kandang tertuduh.
Anwar juga turut bertanya ‘Ada unsur-unsur politikkah?’ kepada Yusof dari kandang saksi.
10.32 pagi: Peguam Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa sehingga ke hari ini pendakwa raya gagal mengemukakan kesemua 25 saksi yang dijanjikan kepada pasukan peguam bela sebelum perbicaraan bermula hari ini.
Beliau juga mempersoalkan sama ada pendakwa raya benar-benar berusaha memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya untuk ditemubual pasukan peguam bela.
“Adakah pendakwa raya ada mengaturkan perjumpaan (bagi peguam bela) untuk berjumpa PM dan isterinya sehingga ke hari ini?” tanya Karpal.
10.49 pagi: Mahkamah berhenti rehat sebentar untuk memberi peluang kepada Hakim Zabidin membuat keputusan.
-KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan