Pengikut

Isnin, 30 Mei 2011

Tarif Elektrik naik 7%

PUTRAJAYA: Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya.

Oleh itu, kadar tarif elektrik baru nanti ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati ketika ini.

Kenaikkan adalah kesan daripada dua komponen iaitu penyelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan