Pengikut

Isnin, 9 Mei 2011

Sudahlah berbalah di antara kaum - sekarang nak berbalah di antara agama pula.

Berbagai usaha dilakukan oleh setengah pihak untuk menyatukan orang Melayu, malahan telah ada usaha untuk menyatukan Melayu dengan berpremiskan kepada agama Islam yang menjadi anutan 99 peratus dari orang Melayu. Tidak ada sesiapa yang menentang usaha menyatukan bangsa Melayu yang kini berpecah dan berpuak. Mana orang Melayu yang menentang perpaduan Melayu itu adalah mereka yang tidak berguna kepada bangsanya.

Perpaduan itu hendaknya wajar bermotifkan untuk bersatu bagi mengkayakan budaya kita, adat resam kita serta bidang-bidang penting yang lain seperti di dalam bidang ekonomi dan tidak terkecuali juga bidang politik. Jika kita gunakan isu perpaduan itu untuk menjadi medium untuk menambah rasa hormat pihak lain, itu adalah usaha yang murni.

Tetapi jika kita mengusahakan jalan perpaduan itu dengan menyakiti pihak lain ianya akan menjadi isu yang akan membunuh tujuan asal kita untuk berpadu itu. Pihak yang sedang menghangatkan isu kristian hendak menjadikan agama itu sebagai agama rasmi yang sedang diperkatakan dengan hebat oleh masyarakat sekarang ini mengundang masalah, bukan kepada pihak lain tetapi kepada pihak kita sendiri.

Entah siapa punya ‘splendid idea’ yang menzahirkan isu ini tidak siapa yang tahu, tetapi ianya di paparkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia. Semua orang tahu tujuan untuk menyiarkan ialah untuk menakutkan orang Melayu Islam dengan membuat tuduhan yang agama kristian akan menjadi agama rasmi negara jika orang Melayu tidak berpadu dan tentulah dikaitkan parti-parti politik lain untuk di jadikan kambing hitamnya, dan parti itu tentulah DAP.

DAP dijadikan sebagai kambing hitam adalah kerana parti itu sedang mendapat sambutan di kalangan bangsa Cina dan juga sebahagian kecil orang Melayu yang sudah celik dan mampu untuk berfikir. Untuk mengelakan orang Melayu terpikat dengan parti ini melalui gabungan PR maka isu kristian akan jadi agama rasmi negara ini di rasakan sebagai isu yang paling baik untuk digembar gemburkan.

Bagi saya ini adalah pemalsuan fakta dan tidak payah diulas dengan panjang lebar. Isu ini adalah ‘desperate political move’ dan ini merbahayakan negara. Orang Islam ada hak untuk mempertahankan agama Islam itu sebagai agama rasmi negara, tetapi untuk menuduh orang kristian berhasrat untuk menjadikan agama mereka sebagai agama rasmi negara adalah satu ‘tahyulan’ yang sangat gila dan tidak masuk akal.

Akhirnya perpaduan di antara kaum dan agama akan gagal untuk dicipta, perpaduan di antara sesama orang Melayu dan Islam pun akan gagal kerana mereka tahu yang cerita ini adalah cerita ciptaan pihak yang ingin memecah belahkan rakyat kerana sudah beransur kehilangan sokongan.

Bagi saya unsur yang membawa cerita dongeng merbahaya ini mesti kita abaikan kerana kita sedang mempunyai masalah yang sedia ada. Jangan pula ada pihak yang lain yang membelahkan kita lagi.

Tidak ada siapa yang cuba untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara. Isu ini hanya di ada-adakan untuk mengawal perasaan takut yang sedang di alami oleh satu pihak. Mereka takut tersungkur di depan mata rakyat.

Orang Islam dan kristian sekarang ini bukannya gulungan yang bodoh lagi. Mereka tahu maksud dan tujuan pihak yang menghangatkan isu ini.

It’s all politically motivated. That’s it.

-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan