Pengikut

Rabu, 4 Mei 2011

Siri jelajah Anwar di Terengganu 6 Mei ini

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri jelajahnya ke Terengganu pada 6 Mei ini.

Program yang akan berlangsung pada jam 5 petang itu akan dimulakan dengan Rapatsetia pimpinan KEADILAN Terengganu Bersama Anwar di Gem Beach Resort, Batu Rakit sehingga jam 6.30 petang.

Manakala di sebelah malamnya, diadakan solat maghrib berjemaah dan solat hajat rakyat Terengganu untuk Anwar yang bakal diimamkan mantan Timbalan Mufti Terengganu, Zainal Abidin Ahmad.

Selesai sahaja solat itu, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di surau Kampung Tanjung, Batu Rakit yang juga Tapak Ijtima’ PAS pada 2010.

Meneruskan siri jelajahnya, Anwar akan mengadakan ceramah perdana 1 dan 2 bertema Ubah Sekarang/Selamatkan Malaysia masing-masing di Perkarangan Madrasah Darul Iman, Kedai Buloh, Bukit Payung dan Tanjung, Bandar Kuala Terengganu (Belakang Astaka) bermula jam 9 hingga 12 tengah malam.

Antara barisan penceramah terdiri daripada Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Wahid Endut, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Abu Bakar Chik dan Abd Rahman Yusof.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan