Pengikut

Selasa, 31 Mei 2011

Rahim Tamby Chik kata Anwar tanam fikiran pemimpin Pas

Wah!!!... Selepas kegagalan video seks kini Rahim Tamby Chik cuba melagakan pemimpin Pas dengan Anwar ibrahim pulak. iss... boleh ka kita percaya dengan Rahim Tamby Chik? bagi aku jangan kata Rahim Tamby Chik dalam team "Datuk T" tue sorang pun aku tak percaya... Baca kenyataan Rahim dibawah ni.-DP

MASJID TANAH - Pemimpin Pas kini sudah ditanam dengan pemikiran yang dicipta Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan mereka tetap mempertahankan Ketua Umum PKR itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menjadi mangsa ‘kumpulan erdogan’ sehingga menganggap Anwar tidak bersalah walaupun apa saja dilakukannya.

“Kumpulan erdogan ini memang ditanam oleh Anwar dalam Pas seperti juga dia lakukan pada UMNO dahulu. Inilah yang menguasai pemikiran dan pandangan Nik Aziz sekarang hingga menjadi sempit dan terasing.

“Ia juga menyebabkan Nik Aziz hanya mendengar kepada kumpulan erdogan ini untuk membela Anwar, walaupun segala pembuktian yang ada menjurus ke arah kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 Koperasi Rancangan Tanah Pinggir Kawasan Masjid Tanah di Dewan Japerun Lendu, di sini, semalam.

Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, pemikiran yang ditanam kepada Nik Aziz kumpulan itu juga boleh merosakkan pemimpin Pas pada masa akan datang.

“Saya khuatir, pada masa akan datang kepimpinan seperti Nik Aziz ini akan menjadi persoalan amat besar dalam Pas itu sendiri apabila ia menggunakan pemikiran sehala sahaja.

“Pemikiran sehala yang dimaksudkan adalah dengan tidak melihat faktor lain dan tidak memberi ruang kepada perkara lain untuk dipertimbangkan,” katanya.

-SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan