Pengikut

Selasa, 3 Mei 2011

‘Najib Porno’ di muka depan akhbar Suara Keadilan terbaru

Keluaran Suara Keadilan, edisi 14 tampil dengan paparan yang lebih panas dan menarik pada isu kali ini.

Muka depan akhbar Parti Rasmi Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, memaparkan tajuk ‘Najib Porno’, memetik kenyataan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengamalkan budaya lucah dalam politik Malaysia untuk kekal berkuasa.

Dalam paparan kali ini, Isu video fitnah dikupas sebanyak enam halaman, yang menyorot dari perspektif ulama Islam sehingga kepada pemimpin agama Kristian yang kesemuanya menolak manipulasi video fitnah untuk menjatuhkan Anwar.

Ia turut memuatkan berita mengenai isu sumpah yang dilakukan trio Datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang dianggap mencemarkan imej dan kesucian Islam.

Selain itu, lebih menarik, Suara Keadilan turut memuatkan berita mengenai kemungkinan Najib dan sahabatnya, Razak Baginda bakal dipenjarakan di mahkamah Perancis, sekiranya disabitkan kesalahan skandal rasuah kapal selam Scorpene membabitkan 114 juta Euro.

Ia berikutan emel balasan kepada Suara Keadilan oleh peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia( Suaram), Joseph Breham.
Joseph antara lain berkata, dalam isu skandal pemberian komisyen kapal selam tersebut, mahkamah Perancis boleh memanggil mana-mana kenamaan termasuk pemimpin dunia untuk dibicarakan di negara itu .

Selain itu, antara isu lain yang turut dipaparkan kali ini adalah konspirasi polis melindungi pembunuh adik Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis setahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu berjanji menegakkan keadilan terhadap kematian Aminulrasyid namun sehingga kini gagal melakukan sebarang tindakan.

Turut dipaparkan satu temuramah esklusif bersama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengenai projek nadir bumi oleh Lynas di Gebeng.

Dalam temubual tersebut, Fuziah turut menceritakan latar belakang dan mengapa projek berkenaan, yang mengancam keselamatan penduduk perlu dihentikan segera.
Selain berita, Suara Keadilan, seperti kebiasaan turut menyiarkan pelbagai rencana menarik. Antara yang sering ditunggu-tunggu pembaca adalah tulisan dari kolumnis Hishamuddin Rais yang kali ini mengupas isu fitnah secara sinikal dan satira.

Dapatkan Suara Keadilan 14 di pasaran sekarang.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan