Pengikut

Rabu, 4 Mei 2011

Lim Guan Eng Hina Kesucian Agama Islam..?

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Kira-kira 800 bilal dan siak di negeri ini akan menerima kenaikan elaun sebanyak 80 peratus mulai 1 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Beliau berkata dengan kenaikan itu, kira-kira 400 bilal yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM180 sebulan akan menerima RM324 sebulan, manakala elaun bagi kira-kira 400 siak akan dinaikkan kepada RM360 sebulan daripada RM200 sebulan.

"Keputusan untuk menaikkan elaun bilal dan siak ini dibuat pada mesyuarat MAIPP dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian agama Islam minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Rabu.

Mansor berkata kerajaan negeri akan menanggung 70 peratus daripada perbelanjaan berkenaan yang berjumlah kira-kira RM2.3 juta manakala MAIPP pula menanggung 30 peratus kos terbabit, berjumlah hampir RM985,000.

Ciss..! Siapa Ketua Menteri Pulau Pinang ni..? Lim Guan Eng..? China..? DAP..? Berani Lim Guan Eng ni menghina institusi Agama Islam dengan menaikkan elaun para Bilal dan Siak di Pulau Pinang..! Cis..! Cis..! Cis..! Mana UMphorNo..? Mana PERKASA..? Mana PEKIDA..? Kita mesti bangkit dan desak supaya DAP menarik balik elaun para Bilal dan Siak demi kesejahteraan dan kesucian Agama Islam..!

-RM

p/s: Terima Kasih KM Lim Guan Eng, TKM1 Datuk Mansor Othman Dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang... -D'Perbatasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan