Apa nak jadi dengan lelaki ni, dilahirkan dengan tubuh yang sihat sebagai lelaki di tukarnya menjadi Perempuan. Adakah dengan memberi alasan naluri lebih bersifat kewanitaan membolehkan perbuatan mereka diterima atau mengharuskannya?.
Jika naluri yang kononnya dijadikan hujah kuat untuk mereka melakukan semua ini bagaimana pula perkara mungkar yang lain seperti merogol, mencuri atau mengambil dadah?
Malah, kegiatan songsang kian bertambah apabila dalam masa sama mereka mengambil kesempatan menjadikan lelaki sebagai teman sosial atau merelakan hubungan seks berlaku.
Itu belum lagi hal yang lain seperti masalah perkahwinan, mengerjakan haji atau umrah, bersembahyang serta pengebumian. Selain itu, mereka berdepan kemungkinan mendapat penyakit tertentu kesan daripada pembedahan. Jadi, keseronokan mereka itu sebenarnya hanya sementara.
Pokok pangkalnya, setiap perbuatan yang ditegah dan dilarang Allah pasti ada sebabnya dan tetap dikira berdosa. Tiada satu alasan pun boleh diterima untuk mengharuskan atau membenarkan ia berlaku.
Dari sudut hukum dalam Islam, cukup jelas perbuatan itu haram. "Yang haram tetap haram"
Tidak kiralah sama ada lelaki mahu menukar jantina kepada perempuan atau sebaliknya. Ulama bersepakat mengatakan haram juga bagi lelaki menyerupai perempuan melalui cara berpakaian, gaya dan tingkah laku.
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).
Hadis lain, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).
Perbuatan menyerupai pun dikira berdosa besar apatah lagi perbuatan mengubah anggota lelaki menjadi anggota wanita, bermakna dosanya amat berat sekali. Menukar jantina termasuk dalam kategori dosa besar iaitu cuba mengubah ciptaan Allah atas dasar tidak puas hati dengan takdir Allah.
Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4).
Adakah makamah akan membenarkan permohonan Mohd. Ashraf untuk menukar nama (kerana beliau telah menukar jantinanya) walaupun ia bertentangan dengan hukum Islam? apa pun keputusanya saya harap kepada Saudara Mohd Ashraf kembalilah ke pangkal jalan. -DP
KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang lelaki menukar nama kepada nama perempuan dalam Mykad tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 18 Julai untuk mendengar keputusan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa semalam berkata, beliau memerlukan masa untuk membuat penelitian sebelum membuat keputusan.
Permohonan, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, membuat permohonan tahun lalu menukar namanya kepada Aleesha Farhana dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tujuan permohonan itu adalah bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran dan tidak timbul masalah apabila dia ingin menetap di asrama.
Peguam bela, Horley Isaacs dalam penghujahannya berkata, Mohd Ashraf secara fizikal adalah wanita dan telah membuat pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.
Horley berkata, anak guamnya telah merujuk kepada hospital pakar swasta di Putrajaya dan didapati dia layak membuat pembedahan menukar jantina.
”Organ seksual anak guamnya juga berlainan daripada lelaki normal, iaitu lebih kecil dan dia tidak dapat membuang air kecil dengan normal,”katanya.
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar membidas hujahan dengan menyatakan faktor genital tidak boleh diambil kira.
Mohd Ashraf Hafiz yang lengkap memakai baju kurung moden berbunga dan memakai tudung merah jambu kelihatan tenang sewaktu mendengar prosiding, namun bergegas keluar dari mahkamah sebaik menyedari kehadiran pihak media.-SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan