Ghani cuba masuk ke Dewan Undangan Negeri... kunungnya ingin menyerahkan memorandum kepada Speaker... ermm setiap kali Dewan bersidang ada saja memorandum yang Ghani akan serahkan...-DP
Pengkritik paling lantang kerajaan Pulau Pinang, Mohammed Ghani Abdul Jiman dan tiga lagi ditahan polis hari ini selepas membuat kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng berkata mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram dan enggan bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.
Mohammed Ghani yang datang bersama 10 penyokong sebelum itu berjaya menyerahkan sebuah memorandum kepada pegawai akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menemuinya di pagar.
Bagaimanapun, memorandum itu ditujukan kepada Speaker Abdul Halim Hussein, Yang di-Pertua Negeri Abdul Rahman Abbas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya tidak serahkan memo kepada Lim kerana saya sudah hilang kepercayaan padanya," kata Mohammed Ghani (kanan).
Mohammed Ghani bagaimanapun berusaha memasuki perkarangan DUN dengan cuba memanjat apabila pagarnya ditutup.
Beliau kemudian cuba mengadakan sidang akhbar berhampiran sebatang jalan di hadapan bangunan itu dan enggan bersurai apabila diarahkan oleh polis.
Akibatnya, beliau diheret ke sebuah lori polis.
Di lori berkenaan, Mohammed Ghani meluahkan kemarahannya dan menjerit bahawa semua ADUN Pulau Pinang adalah pengecut dan menawar membeli membeli skirt untuk mereka.
“Saya rakyat Malaysia, kenapa saya tidak dibenarkan masuk dewan?” jeritnya sambil melayangkan kad pengenalan bagi membuktikan kerakyatannya itu.
-Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan