Pengikut

Selasa, 3 Mei 2011

Hanya Kontena selamat dari kiamat?

Penjualan kontena di Taiwan memuncak laris dan setakat ini sebanyak 100 kontena terjual setelah tersebarnya berita bahwa kiamat akan terjadi minggu depan. Peringatan akan berlakunya kiamat di Taiwan ini disebarkan oleh seseorang yang mengaku diri sebagai seorang suci dan mengelarkan dirinya sebagai Guru Wang.

Dia menyebarkan peringatan tersebut melalui blognya dan menyebutkan bahwa Taiwan akan digoncang oleh gempa bumi dengan kekuatan 14 skala Richter dan akan dihentam pula dengan gelombang tsunami setinggi 170 meter pada 11 Mei akan datang.


Wang juga mendakwa bahawa bencana alam ini akan menelan jutaan nyawa, membelah pulau Taiwan, meruntuhkan bangunan pencakar langit Taipei setinggi 101 itu dan menghancurkan Istana Presiden.

Untuk menghadapi bencana ini, dia menyarankan penduduk Taiwan tinggal dalam kontena dan anjuran ini telah membuatkan sebagian warga Taiwan menyiapkan kontena sebagai tempat tinggal.

Di Taiwan satu kontena yang dilengkapi paip air dan elektrik dijual dengan harga RM 16,500. Pihak media juga menemui sebuah desa yang memiliki 100 buah kontena siap untuk didiami. Mereka memasang pintu dan tingkap pada kontena tersebut dan sebahagiannya memasang penghawa dingin.

Namun pihak pemerintah menafikan ramalan Guru Wang tersebut apatah lagi Biro Cuaca Pusat Taiwan menegaskan teori yang disebarkan itu tidak diterima akal kerana selama ini gempa bumi tidak pernah diukur sehingga skala 14 Richter.

Apapun ramalan tersebut tersebar di internet dengan cepat. Gempa dan tsunami yang terjadi di Jepun baru-baru ini telah membuat warga Taiwan kebimbangan dan sanggup melakukan apa sahaja sebagai persiapan menghadapi kiamat yang diramalkan minggu hadapan itu.

Macam-macam sekarang. Mungkin itu satu strategi perniagaan untuk melariskan kontena? Selepas ini kontena akan lebih canggih diwujudkan. Mungkin yang kalis peluru, tahan gempa, terapung dan tidak tenggelam. Hah! Macam-macam adaaa!!!

Dulu ramai daripada ahli parlimen BN yang lari bersembunyi ke Taiwan dibimbangi lompat parti semasa 16 sept. agak-agak boleh pakai ke kontena ni untuk selamatkan Umno-BN daripada tsunami yang bakal berlaku dalam pru-13 nanti? Kalau tak pun, diharap kerajaan Malaysia perkenalkan kontena 1Malaysia kepada kerajaan Taiwan untuk menghadapi tsunami. Baru ada sumbangan dan ada klass!

-
Ust saiful Bahri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan