Pengikut

Isnin, 23 Mei 2011

Ada "permainan baru " untuk Anwar....

Menjelang PRU 13, bertalu-talu UMNO menyerang Pakatan Rakyat. Kerabat UMNO yang lain agak kendur sedikit kecuali Chua Soi Lek yang kadang kala menyerang PR terutama membawa isu menghina Islam.

UMNO kini menyerang bertubi-tubi, bertali arus dan berterusan.

Pertama, UMNO menyerang PKR dengan menggunakan mahkamah, ROS, media dan polis. Sasaran utama adalah Anwar Ibrahim. Menyerang Anwar, UMNO menggunakan Mahkamah. Perbanyakkan kes yang dicipta untuk Anwar. Kini ada 2 kes "tersangkut" iaitu (Saiful dan video ). Kes ini berserampang dua mata. Iaitu untuk humbankan Anwar dalam penjara dan menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya.

Serangan ini sudah masuk fasa terakhir. UMNO kini melihat samada hendak terus humbankan Anwar ke Sungai Buloh atau meneruskan "permainan baru".
Jika UMNO melihat kesan Anwar dipenjarakan tidak begitu menjadi makan "permainan baru" dicipta. Iaitu bebaskan Anwar dari kes Saiful dan mengajak Anwar turun naik mahkamah untuk kes video Datuk T.

Matlamatnya untuk memalukan Anwar dan keluarganya.

Kedua, UMNO menyerang DAP dengan menimbulkan isu perkauman dan agama. Banyak kes yang bakal "menjelma" di Utusan, media barua UMNO.

Kes Kristian baru sahaja timbul tetapi malangnya ianya tidak " melekat " . Cepat-cepat PMNajib jumpa paderi.

Selepas ini isu DAP mahu jadi Menteri Besar. Zahid Hamidi sudah mula melontarkannya. PERKASA tunggu masa untuk buat demostrasi.

Umum mengetahui, kini UMNO dan kerabatnya MCA dan GERAKAN kini kehilangan undi dan sokongan kaum Cina.

UMNO sudah putus harapan menarik undi dan sokongan orang Cina. Maka kini UMNO sedaya upaya bermain api dengan menarik sokongan orang Melayu. Cara bermain api UMNO ialah menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap DAP dan orang Cina.

Pelbagai isu ditimbulkan. Antaranya isu Kristian kerana majoriti Kristian adalah orang Cina dan isu jawatan MB dari DAP.

UMNO akan pastikan suasana harmoni antara kaum Melayu dan Cina melalui Pakatan Rakyat akan terlerai dengan meniupkan api perkauman. Lagu 13 Mei akan terus berkumandang di media barua UMNO seperti Utusan, NST, TV3 dan RTM.

Ketiga, serangan UMNO terhadap PAS berkisar kepada 2 perkara. Pertamanya isu pemilihan PAS bulan depan. Sehari dua ini media barua UMNO begitu senang keluar berita tentang pemilihan pimpinan PAS.

Tujuannya agar ada seorang dua pimpinan dapat di"jerat" untuk ditemubual dan seterusnya mencipta isu baru untuk PAS. UMNO akan menyerang PAS dengan cara mengadu domba pimpinan dan ahli tentang pemilihan. Ditimbulkan isu kem Erdagon dan Kerajaan Perpaduan, imej TG Nik Aziz buruk manakala imej TG Haji Hadi " disolekkan dengan cantik".

Keduanya, UMNO menyerang PAS dengan membuat provokasi isu Negara Islam. Tujuannya melagakan PAS dengan DAP. Provokasi ini pernah berhasil selepas PRU 1999 dengan DAP menarik diri dari Barisan Alternatif.

Maka perlunya pimpinan PR membuat beberapa perkara untuk mendepani serangan UMNO. Antaranya :

i) Setiap kali timbul isu perkauman dan agama oleh UMNO/BN maka PR mesti membuat sidang media yang turut sama pimpinan tertinggi.

Cuba anda bayang jika UMO timbulkan isu Negara Islam, PR membuat sidang media yang dihadiri oleh TG Nik Aziz dan Karpal Singh untuk menjawab balik isu tersebut.

Begitu juga jika UMNO timbulkan isu nasib orang Melayu di Pulau Pinang, sidang media PR bakal dihadiri oleh TG Haji Hadi dan KMLim Guan Eng .

ii) Mulai sekarang, setiap program PR mestilah dihadiri secara bersama oleh pimpinan tertinggi PR. Hatta jika ada program Solat Hajat atau Munajat, pimpinan DAP perlu hadir sama untuk menunjukkan solidariti antara PR.

-Tok Pepijat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan