Pengikut

Selasa, 19 April 2011

Undang- Undang Darurat di Malaysia paling lama di dunia

Malaysia memegang rekod memalukan kerana menjadi negara paling lama memiliki undang-undang darurat, kata Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali.

Menurutnya, tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mempertahankan udang-undang zalim itu mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia dari segi politik dan amalan demokrasi.

Sedangkan katanya, negara-negara bekas diktator di seluruh dunia turut sama memansuhkan undang-undang tersebut.

“Selepas kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Algeria, pemimpinnya sudah mengumumkan akan memansuhkan Undang-undang Darurat di negara masing-masing yang berkuatkuasa antara 20 hingga 40 tahun saja.

“Tetapi di Malaysia, undang-undang ini sudah melebihi 60 tahun,” katanya semasa berucap di Dewan Negara semalam.

Selain itu, kata Dr Syed Hudin, negara lain di dunia ini hanya memiliki satu perisytiharan Undang-undang Darurat.

“Akan tetapi, Malaysia yang begitu kecil dan belum begitu panjang sejarah kemerdekaannya memegang rekod dunia dengan mempunyai lima perisytiharan Darurat.

“Berapa lama lagikah kita hendak memegang rekod yang sangat memalukan ini,” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan segera memansuhkan undang-undang darurat yang diperkenalkan sejak 1948 itu.

“Adakah kerajaan Umno BN hendak menunggu dulu kebangkitan rakyat di jalanraya seperti di negara-negara Arab untuk memansuhkan undang-undang ini,” katanya lagi.


-KeadilanDaily


Tiada ulasan:

Catat Ulasan