Pengikut

Selasa, 19 April 2011

Parlimen Dibubarkan?...

Parlimen Dibubarkan?... Bukan Malaysia Tapi Singapura

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan pembubaran parlimen republik negara itu dengan mendapat restu Presiden, S R Nathan.

Mengikut undang-undang pilihanraya, parlimen perlu dibentuk dalam tempoh 90 hari dari tarikh dibubarkan dan kesemua ahli politik pemerintah dilarang menggunakan harta kerajaan kerana kerajaan yang memerintah negara hanya kerajaan sementara (caretaker government).

Parlimen Singapura mempunyai 87 kerusi dengan dipecahkan kepada beberapa wilayah yang dikenali GRC (Group Representation Constituencies).

Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya umum ke-14 sejak Singapura berpisah dari Persekutuan Tanah Melayu iaitu Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party – PAP) merupakan parti pemerintah sejak memenangi pilihanraya pertama pada 1962.

-tvs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan