Rakyat Sarawak mampu melakar kejutan besar pada pilihan raya umum negeri (PRN) kali ke-10 ini dengan sentimen isu kekayaan luar biasa Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isu rampasan tanah adat (NCR) yang cukup mem-belenggu rakyat selama ini.
Demikian luahan beberapa penduduk rumah panjang sekitar Saratok dan Batang lupar apabila ditanya mengenai isu kekayaan Taib Mahmud.
Namun, masyarakat di sini sukar menyebut nama Taib Mahmud, sebaliknya menggelarkan Taib sebagai ‘Tok Uban’ kerana bimbang akan nama tersebut boleh mendatangkan masalah kepada mereka termasuk ugutan dan tindakan luar jangka konco-konco Taib Mahmud.
Kekayaan Taib Mahmud yang sebenarnya setanding bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan kalangan kroni serta wakil-wakil rakyat BN hidup serba mewah kerana laba kekayaan Taib Mahmud.
Taib Mahmud dikatakan memiliki harta bukan setakat di Malaysia amnya dan Sarawak khasnya, malah di beberapa negara lain termasuk di Amerika Syarikat.
Maklumat tempatan dari kalangan penyelidik di sini menyatakan, Taib Mahmud sebenarnya ada membina dan menyimpan harta kekayaannya di Amerika Utara yang dirahsiakannya selama ini.
Di Ottawa, Kanada, hartanya diuruskan oleh Sakto Corporation, manakala hartanya yang berada di Amerika Syarikat pula diuruskan oleh Sakti International.
Sakti International memiliki harta dianggarkan bernilai US$80 juta menurut dokumen-dokumen syarikat berkenaan.
Setiap harta diuruskan oleh sesebuah syarikat yang berasingan, biasanya dinamakan bersempena alamat letaknya harta tersebut.
Sementara itu, Sarawak Report ada mendedahkan dakwaan sebuah syarikat W.A. Boylston dipertanggungjawabkan menguruskan kekayaan Taib di sana.
Bagaimanapun, salah sebuah dari syarikat-syarikat mereka tidak dinamakan sedemikian, sebagai contoh, Wallyson’s Incorporated, yang terletak di Seattle, menguruskan The Abraham Lincoln BuildingBangunan tersebut dijadikan sebagai tempat operasi dan kelengkapan rahsia agensi perisikan FBI (Federal Bureau of Investigation), dan untuk masuk ke bangunan itu, seseorang harus melalui laluan keselamatan yang ketat.
Bangunan ini merupakan ibu pejabat FBI di kawasan barat daya US yang memantau kegiatan antipengganas.
Bangunan ini adalah milik keluarga Taib. Blok pejabat utama milik Sakti di US, di 260 California Street, San Francisco juga menyewakan ruangnya kepada beberapa klien, termasuk klien yang terkemuka seperti Citibank.
Ini menunjukkan bahawa pelaburan luar negara keluarga Taib mampu menjalin hubungan erat dengan pelabur-pelabur mereka di situ.
Sejarah syarikat Taib di USA sama seperti Sakto, Sakti diuruskan oleh Sean Murray, iaitu suami Jamilah Taib. Sean, atau nama Islamnya Hisham semasa beliau menikahi Jamilah, tetapi beliau tidak pernah menggunakan nama barunya itu ketika berniaga atau bersosial di luar negeri Sarawak.
Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen mahkamah yang didepositkan di mahkamah tinggi di San Francisco mengesahkan Syarikat Sakti sememangnya dimiliki keluarga Taib sepenuhnya.
Sakti mengeluarkan beberapa keterangan dalam mahkamah yang sudah tentunya tidak dapat ditentang. Syarikat berkenaan mengaku bahawa Sakti telah diper-syarikatkan di California pada 1987 dan pada mulanya diuruskan oleh Mahmud Abu Bekir Taib. Tercatat pada salah satu dari dokumen-dokumen menyatakan, “pihak defenden [Sakti International Corporation] mengakui bahawa pada 10 haribulan September, 1987, Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha dan Ketua Pegawai Kewangan (ketigatiganya) adalah (disandang oleh) Mahmud Taib.’
Pendedahan-pendedahan terdahulu dalam Sarawak Report telah membuktikan bahawa Mahmud Taib, iaitu anak sulung Ketua Menteri, adalah juga merupakan Pengarah asal syarikat Sakto di Kanada, yang ditubuhkan pada 1983, bersama-sama dengan adik perempuannya, Jamilah dan bapa saudara mereka, Onn Mahmud (iaitu saudara kepada Ketua Menteri).
Penerangan yang dikemukakan kepada mahkamah seterusnya mengakui bahawa Mahmud Taib, yang kini memegang jawatan Pengarah di syarikat CMS Sarawak, telah kemudiannya diganti oleh adiknya Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai ‘pegawai tunggal dan pengarah Sakti’.
Sarawak Report juga mendakwa menyimpan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa Sulaiman juga memegang jawatan sebagai pegawai tunggal di Wallyson’s.
Ketika Sakti dipersyarikatkan pada tahun 1987, Mahmud Taib baru berusia 27 tahun, dan adiknya Rahman Taib pula baru 20 tahun. Walau bagaimana pun, adik-beradik yang masih mudah mentah ini dibantu oleh ahli-ahli keluarga rapat yang lain dalam peranan mereka dalam urusan syarikat.
Sarawak Report juga mendakwa Sakti di Amerika Syarikat, seperti juga Sakto di Kanada, telah ditubuhkan dan diuruskan pada asalnya secara eksklusif oleh keluarga Taib.
Penglibatan Sean Murray hanya bermula apabila dia berkahwin dengan Jamilah Taib, dan sebenarnya Sean menggantikan Rahman Taib sebagai pengurus Sakti hanya mulai tahun 2006. Dengan ini juga Sarawak Report ingin meminta Murray untuk mengesahkan sama ada beliau kini memegang sebarang sahamsaham dalam syarikatsyarikat yang diuruskan atau diarahkannya, atau adakah beliau hanyalah seorang pekerja syarikat milik keluarga isterinya.
Sarawak Report juga ingin memohon keluarga Taib untuk menjelaskan bagai mana di antara 1983 dan 1987 mereka mampu melaburkan berjuta-juta dollar untuk menubuhkan kedua-dua harta di Kanada dan US, yang portfolioportfolio digabungkan bernilai sekurang-kurangnya US$200 juta. Ketika itu, Jamilah, Rahman dan Mahmud berusia sekitar 20-an dan masih menuntut di kolejkolej, manakala yang lainnya adalah bapa-bapa saudara mereka.
Jika wang pelaburan itu disumbangkan oleh keduadua bapa saudara mereka, yang telah bergelar ahli perniagaan, maka sikap murah hati mereka, termasuk anak-anak ketua menteri itu amatlah menghairankan. Tiba masanya untuk mendengar jawapan Sarawak Report amat percaya bahawa rakyat Sarawak berhak men-dengar penjelasan yang terperinci fakta-fakta ini daripada Ketua Menteri sendiri, Abdul Taib Mahmud.
Ketua Menteri itu seharusnya menjelaskan sama ada beliau memegang atau pernah meme-gang saham-saham dalam syarikat-syarikat tersebut, dan adakah sejumlah wang pelaburan itu disumbangkan beliau sendiri. Jika Taib Mahmud merupakan pemilik/ pemegang saham-saham dalam syarikat-syarikat ini, para pembayar cukai di Sarawak berhak mengetahui bagai mana beliau memperolehinya.
Penguatkuasa-penguatkuasa undang-undang di Malaysia diharuskan untuk menyoalsiasat Taib Mahmud bagi pihak rakyatnya.
Pihak FBI juga harus bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum tentang hakmilik bangunan yang mereka sewa itu. Sebahagian defendan bergabung dalam kes mahkamah di California itu Wallyson’s dan Sakti International mengakui bahawa pemilik Wallyson’s adalah syarikat Rodinmass.
Rodinmass didaftarkan di British Virgin Islands. Adalah tidak masuk akal jika pihak FBI mengatakan mereka tidak mengetahui siapakah sebenarnya syarikat yang bernama Rodinmass, dengan alasan keselamatan.
Memandangkan pegawai tunggal Wallyson’s adalah Rahman Taib, maka, Sarawak Report mengandaikan para pemilik dan pemegang saham-sahamnya juga adalah keluarga Taib, seperti di Sakti International.
Maklumat yang ada pada pihak kami menyatakan Laila Taib adalah pemegang saham paling utama di Rodinmass.
Isteri Taib, adik-adiknya dan juga anak-anaknya semuanya dikaitkan dengan syarikat-syarikat di Amerika Utara tersebut. Bagi Sarawak Report, kini terpulanglah pada Taib sendiri untuk menafikan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemilikan himpunan harta kekayaan itu.
-Detikdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan