Pengikut

Isnin, 11 April 2011

Najib Perkuda SPRM

Ketua Angkatan Muda (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan tragedi yang menimpa Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, berpunca daripada campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Shamsul melalui kenyataan medianya berkata, campurtangan itu jelas tertera seperti yang termaktub dalam Akta SPRM 2009 sekaligus membuktikan badan itu hanya melakukan tindakan berdasarkan kehendak Perdana Menteri.

“Secara praktisnya, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak seperti termaktub dalam Bahagian 2, Perkara 5 (1) yang meletakkan Yang Di Pertuan Agung dengan nasihat Perdana Menteri untuk melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM selama apa-apa tempoh dan syarat yang ditetapkan Perdana Menteri.

Katanya, kuasa mutlak yang diberikan kepada SPRM melalui Perdana Menteri sekali gus memberikan ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan mengekalkan cengkaman Barisan Nasional terhadap agensi kerajaan itu.

“Adalah lucu Perdana Menteri yang mempunyai kepentingan politik berkuasa melantik Pesuruhjaya SPRM dan sistem rimba seperti ini jelas menekan SPRM untuk terus menurut perintah Najib,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru Shamsul mencadangkan agar Malaysia mencontohi negara yang mempunyai sistem yang baik dalam menangani rasuah seperti ‘Independent Commission Agains Corruption’ di Hong Kong dan ‘Singapore Corrupt Practice Investigation Bureau’ di Singapura.

Rabu lalu, Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Tambah Shamsul, AMK turut mendesak Perdana Menteri untuk melaksanakan tiga tuntutan bagi mengelakkannya daripada terus tercalar.

“Pertama, meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa parlimen dan bukan dibawah Perdana Menteri seperti sedia ada. Ini penting bagi memastikan SPRM bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan bukannya Perdana Menteri.

“Kedua, menubuhkan badan Pemantauan Bebas untuk proses penyiasatan seperti Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai badan pemantau Polis sekaligus mengelakkan salah guna kuasa dan kekerasan SPRM.

“Ketiga, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes kematian Arwah Sarbani yang menjadi misteri kepada selurah rakyat Malaysia,” katanya lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan