Pengikut

Isnin, 25 April 2011

Kes Liwat: Betul ke Masuk Atau `BLUETOOTH'?

Kes Liwat: Adakah Benar Ada Kemasukan Atau `BLUETOOTH'

SEMUA tahu Saiful mendakwa beliau dipaksa untuk melakukan liwat oleh DS Anwar. Pengakuan tersebut disebut oleh pemuda ini sejurus selepas beliau mengadakan sumpah laknat ketika ditemubual oleh wartawan. Pengakuan yang sama juga dibuat semasa beliau disoal balas di dalam mahkamah sebelum ini.

Hari ini Ketua Pembelaan berhujah, mengapa pertuduhan dibuat ke atas DS Anwar berbeza jauh sekali dengan pengakuan Saiful? Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah Seksyen 377B, bermakna dengan persetujuan (Malaysiakini). Ertinya, amat wajar jika Pendakwa boleh membuktikan bahawa berlaku perbuatan liwat secara suka sama suka, tetapi sepanjang perbicaraan ini tidak berlaku.

Peliknya, Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur (Malaysiakini). Saya tertanya mengapa bukti persetujuan itu tidak penting kerana sudah tentu kesan besar akan berlaku sekiranya diakui Saiful melakukan liwat secara suka sama suka dengan DS Anwar, iaitu kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman bukan hanya DS Anwar sahaja. Tidakkah besar perbezaannya? Tentu jauh beza zina dengan rogol, bukan?
Peguamcara mendakwa, apa yang penting adalah zakar dimasukkan ke dalam dubur, dan persetujuan melakukan perbuatan tersebut tidak penting. Tidakkah kita ketahui bahawa laporan doktor dari tiga buah Hospital Kerajaan mengesahkan tiada kesan kemasukan di dubur Saiful, termasuk pemeriksaan dari Hospital Pusrawi oleh Dr Osman? Hujah mereka yang kita ketahui bahawa ada sample air mani DS Anwar di dalam dubur Saiful membuktikan ada kemasukan. Ada cerita lucu yang dibawa oleh penceramah politik bahawa kejadian liwat mungkin berlaku secara `bluetooth'. Kita khuatiri satu hari nanti ada gadis yang mengadu ia dirogol tetapi di dalam mahkamah pertuduhan disebut suka sama suka. Jika ini berlaku, amat malang bagi gadis tersebut.
Memang lucu, tetapi ini yang berlaku seperti yang diperkatakan di dalam mahkamah. Kita juga diberitahu bahawa di dubur Saiful terdapat lebih dari satu sample DNA sedangkan Saiful mengaku beliau hanya diliwat oleh DS Anwar sahaja. Tidak perlu kita ganggu proses mahkamah yang sedang berjalan ini. Kita cuma mengharapkan agar kes ini diadili seadil-adilnya agar nanti tidak ditertawakan oleh dunia luar.

Marilah kita terus memberikan sokongan kepada DS Anwar kerana kita sendiri telah diperlihatkan satu demi satu yang `ganjil' sepanjang kes ini berlangsung. Sokongan ini penting kerana DS Anwar selepas ini besar kemungkinan akan terus berurusan dengan mahkamah lagi berkaitan isu yang lebih lawak iaitu video seks.


-WFAUZDIN NS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan