Pengikut

Isnin, 25 April 2011

ADUN BN sokong PPWE RM100 di PPinang

Siapa sangka, Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) yang sering menjadi isu manipulasi pihak pembangkang kini disambut baik oleh UMNO-BN.

Perkara tersebut terbukti apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed sendiri menandatangani borang permohonan PPWE Negeri Pulau Pinang yang bernombor siri 4038173.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu bahawa tindakan ADUN Sungai Dua tersebut membuktikan bahawa UMNO-BN juga telah menerima baik PPWE yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“Kita (Kerajaan PR) tidak kisah siapa yang tandatangani atau buat permohonan sebab kita akan membuat bayaran seperti biasa.



Borang Permohonan PPWE yang ditandatangani oleh ADUN BN Sungai Dua.

“Malah, sekiranya, Datuk Azhar Ibrahim, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Datuk Dr. Teng Hock Nan pohon pun, kita juga akan bayar juga,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Eng berkata, PPWE dapat dijalankan ekoran prinsip Kerajaan PR yang bersih dan tidak makan duit.

“Kalau kerajaan bersih, kerajaan tidak makan duit, rakyat akan dapat duit. Jika kerajaan makan wang, rakyat tidak dapat wang,’’ tegas beliau.

-RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan