Pengikut

Selasa, 15 Mac 2011

PKR Tak Ada Ketua AMK..?

PKR - ADA KETUA AMK ATAU TIDAK ?

MAKA hiruk pikuk lah puak-puak sekutu Apco mengadakan demontrasi mendesak agar DS Anwar menyerahkan sampel DNA nya, kunun untuk membuktikan samada benar atau tidak DS Anwar meliwat Saiful. Hakikatnya semua sudah maklum, DNA yang di dapati pada punggung Saiful bukan hanya satu atau dua DNA sahaja, tetapi DS Anwar tetap menjadi igauan puak mereka. Ertinya, apa?

Kita telah maklum, DNA DS Anwar telah lama diberikan sebelum ini iaitu bermulanya kes Fitnah 1 dahulu dan DNA tersebut telah dimanipulasikan. Adakah DS Anwar masih tidak belajar dari pengalaman lampau? Adakah data DNA akan berubah dari semasa ke semasa? Mengapa data DNA yang diperolehi dari DS Anwar di dalam kes fitnah Liwat 1 dahulu tidaj digunakan untuk kes kali ini? Semua jawapan tersebut kita biarkan puak sekutu Apco untuk menjawabnya.

Cuma, rasa terkilan sedikit kerana di mana suara Ketua AMK di dalam menghadapi serangan propaganda puak mereka? Kita lihat puak mereka semakin aktif memperbodohkan rakyat yang masih ramai tidak mengerti apa itu DNA. Lebih malang lagi, demontrasi puak mereka berjalan dengan aman tanpa kehadiran `sipembawa cotar' atau Water Canon. Apakah AMK tidak lagi berselera untuk membela bos mereka? Atau hanya sekadar berkokok berapi disaat pemilhan kepimpinan parti? Jangan dipersalahkan jika ada pihak lain selain dari AMK yang ke hadapan menjadi benteng kepada DS Anwar di dalam isu ini.

AMK harus berani bukan kerana ingin membodek Ketua Umum PKR tersebut, tetapi harus berani menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika ada perasan takut, lebih baik Ketua AMK berundur segera dan berikan kepada yang lebih berani.


Oleh: WFAUZDIN NS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan