Pengikut

Rabu, 30 Mac 2011

Bantuan Segera Pilihan Raya Adalah Rasuah

Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International (TI) menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.

Kenyataan TI itu jelas bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam yang menyifatkan bantuan kepada rakyat menjelang pilihan bukan berunsur rasuah atau sogokkan.

Nazri berhujah pelbagai bantuan yang tabur kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sekadar memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

“Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)... sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

“Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya),” kata Nazri semalam.

Nazri dilapor berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Ketereh, Abdul Azizi Abdul Kadir pada sidang dewan rakyat semalam.

Presiden TI, Paul Low berkata adalah malang bagi sistem pilihan raya dinegara ini kerana tiada undang- undang khusus bagi menangani pemberian bantuan berupa barangan tatkala menjelang pilihan raya.

"Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang- undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit,” kata Paul Low.

"Banyak janji-janji ditaburkan seperti membina jambatan. Janji-janji ini tidak jelas.

"Awak hanya buat kesalahan bila berkata, 'nah ini RM1,000, undi saya',” kata Paul Low

Bagaimanapun Paul Low berkata, janji yang dibuat semasa pilihan raya bukan satu bentuk rasuah.

"Janji bukan rasuah. Ia mungkin tidak beretika tetapi bukan rasuah,” tambahnya lagi.

Low turut berpandangan kedua- dua pihak samaada pembangkang dan juga parti pemerintah, masing- masing melakukan kesalahan dengan menaburkan janji pilihan raya.

"Jika seseorang menjanjikan sebuah jambatan, tanya (ahli politik itu) 'bukankah hak kawasan kita mendapat pembangunan.' Kenapa tidak laksanakan sebelum pilihan raya?” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan