Pengikut

Khamis, 24 Februari 2011

Najib letak kalungan bunga di makam Kemal Ataturk

Sebelum ini Tun Mahathir mengejutkan kita apabila sanggup mengambil Penghancur Islam Mustafa Kemal Ataturk sebagai contoh pejuang yang berjaya menyelamatkan Islam di Turki demi mempertahankan fahaman sekular dan ketuanan Melayunya[Tun Mahathir].

Kemudian akhbar rasmi kerajaan, Utusan Malaysia juga turut menggemparkan kita apabila membuat laporan yang menggambarkan penghancur Islam Mustafa Kemal Ataturk (Laknatullah alaih) sebagai "hero" [Utusan Malaysia].

Hari ini sekali lagi kita digemparkan dengan tindakan Perdana Menteri, Najib Tun Razak di dalam lawatan kerjanya ke Turki, sempat meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan [The Star].


Inilah wajah pemimpin-pemimpin kebanggaan geng songkok tinggi serta media pujaan mereka Utusan Malaysia. Pemimpin yang memperjuangkan Islam di Malaysia dikatakan sebagai tidak Islam, mereka mengaku mereka lebih Islam. Ulama dihina dicaci dimaki hamun dan difitnah, sebaliknya ikon penghancur Islam yang terkenal sebagai musuh dunia Islam ini dipuji dan dipuja serta diberi penghormatan yang tidak sewajarnya.



Sumber Dari Rakyat Marhaen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan