Pengikut

Khamis, 17 Februari 2011

Anwar Nak Hapus ISA Tapi Mahathir...?

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan beliau pernah mencadangkan untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) tetapi dibantah Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Menurut Anwar, beliau mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.

Benar saya kemukakan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara tetapi ia ditolak. Akhirnya ada menyebut hasrat meminda beberapa peruntukan di Parlimen. Jika benar Tun Mahathir bersetuju, (ISA) dah lama mansuh,” kata Anwar dalam cicipan Twitter beliau.

Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir dalam satu forum tentang demokrasi anjuran Dewan Negara hari ini. Mahathir mendakwa beliau mahu menghapuskan ISA pada satu masa dahulu namun ia tidak dipersetujui polis pada masa tersebut.

Namun, bercakap dalam majlis yang sama, Mahathir berkata ISA perlu dikekalkan walaupun di negara lain ramai tahanan yang ditahan di bawah akta menyerupai ISA diseksa oleh pemerintah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan