Pengikut

Rabu, 26 Januari 2011

Rosmah Mansor Nak Dedahkan Kononnya Istana Oman Taja Lawatan Beliau Ke Negara Itu !

Lucu benar bila mendengar kenyataan Rosmah Mansor (gambar kiri) konon lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit.

Beliau berkata, semasa di Oman, pihak istana menyediakan semua kemudahan untuk delegasi Malaysia yang terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana. ''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," katanya.

Jika benarlah dakwaan Rosmah itu, maka ternyata beliau memang hebat dan sungguh menakjubkan.

Rasanya sejak zaman berzaman Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, kita tidak pernah mendengar satu keistimewaan yang dinikmati oleh Rosmah sebenarnya. Bayangkan, perbelanjaan beliau ditaja oleh pihak istana, maknanya Rosmah sama "standard" dengan Permaisuri Agong atau lain-lain kerabat di Raja.

Memang sungguh hebat dan benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.


p/s: Jika benar dakwaan Rosmah itu, maka satu siasatan yang rapi perlu dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Soalnya, kenapa isu "Istana Oman Taja" boleh timbul, sedangkan sebelum beranggat ke sana dulu Rosmah tidak langsung mendedahkan perkara tersebut. Apakah dek kerana tekanan demi tekanan yang diterima oleh beliau terutamanya isu tersebut dimainkan oleh pembangkang di DUN Tenang sekarang ini, maka Rosmah terpaksa membuka cerita itu.

Soalnya, benarkah Istana Oman benar-benar menaja perjalanan Rosmah atau sekadar alasan untuk melepaskan dirinya. Jika benar Istana Oman menaja perjalanan tersebut, maka adakah ia melibat beliau sahaja atau keseluruhan rombongannya seramai 20 orang itu.

Maka, apakah rasionalnya Istana Oman mahu menaja kumpulan terbabit, sedangkan mereka bukanlah misi membawa pelaburan atau sebagainya seperti yang dilakukan oleh menteri yang berkenaan?.

Apa yang rakyat tahu, semua itu hanyalah helah Rosmah untuk membazirkan wang rakyat semata-mata. Maka, bagi mengaburi mata rakyat istana digunakan sebagai senjatanya. Rakyat lebih bijak menilai siapa Rosmah !!. - PDO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan