Pengikut

Jumaat, 7 Januari 2011

Rogol Amah: Persoalan Najib Tidak Selesai Masalah

NAJIB Abdul Razak tidak berapa nak ulas mengenai dakwaan salah seorang menteri kabinetnya yang dikatakan merogol pembantu rumahnya sendiri. Kes majikan rogol ataupun memperkosakan amah ini bukan asing. Ia berlaku di mana-mana saja termasuk Malaysia.

Najib mempersoalkan kenapa kes itu baru ditimbulkan sekarang. Laporan sebuah portal di Indonesia menyebut amah itu berkerja dengan menteri berkenaan dari tahun 1999 hingga 2007. Kira-kira lapan tahun. Beliau dirogol pada tahun 2007. Bermakna selepas kena rogol dan perkosa - (mungkin dirogol balik pintu atau dalam stor sewaktu isteri menteri berkenaan pergi jogging), amah itu pulang ke negaranya.

Saya katakan dakwaan itu tidak munasabah dan alasannya longgar. Tetapi ia tidak boleh ditolak begitu saja. Sama dengan kenyataan Dr Mahathir yang menuduh Anwar menghantukkan matanya ke lutut sebab itu mata Anwar lebam.

Sebenarnya andaian Mahathir itu tidak mustahil. Ramai orang percaya. Lepas itu ditubuhkan suruhanjaya di raja. Selepas disiasat mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh Rahim Noor.

Rahim Noor adalah ketua polis negara. Tak logik kalau seorang ketua polis negara boleh tumbuk tahanan dalam lokap dalam keadaan mata tertutup. Apa lagi dia ialah bekas timbalan perdana menteri. Tetapi itu bukan cerpen atau drama, tetapi realiti yang berlaku dalam negara ini. Benar-benar berlaku.

Jadi kalau menteri itu perkosa amahnya ia tidak pelik. Jika dibandingkan dengan apa dilakukan Rahim Noor tadi ia boleh berlaku bila-bila masa saja. Apa lagi dalam kes menteri itu membabitkan nafsu. Nafsu ini pula tidak mengira aib atau apa. Yang penting ia boleh dilepaskan.

Kita dengar ada datuk rogol cucu, ada penjaga budak rogol budak bawah kawalannya. Bukan itu saja kita juga dengar ada oraang merogol lembu dan kambing. Apa nak hairannya. Macam juga menteri dan pemimpin mereka nampak tertib dan sopan dalam kaca tv dan surat khabar, tetapi kehidupan dan sytle mereka sebenarnya tak siapa tahu. Amanah itu mungkin tahu?

Pembantu rumah itu orang, cantik dan ada nafsu. Menteri berkenaan juga masih gagah. Dia juga ada dikatakan pernah membeli ubat kuat dari seorang penjual. Ini tak hairan kalau menteri itu berbuat demikian. Sebab ada perkara yang ganjil dan tak sepatut dilakukan menteri berkenaan, pun dilakukan. Mengejutkan kalau disebut dan diceritakan di sini.

Berbalik kepada persoalan Najib kenapa baru sekarang perkara itu ditimbulkan? Sekarang atau bila, tidak tidak timbul. Begitu juga dengan kes liwat membabitkan Anwar. Ia dikatakan berlaku sejak lama dulu tetapi kenapa ditimbulkan pada tahun 1998?

Kalau apa yang ditimbulkan terhadap Anwar itu ada motif untuk menjatuhkan Anwar mungkin begitu juga tuduhan ke atas menteri berkenaan, nak malukan dia. Tuduhan liwat ke atas Mahathir tahun 1990 lagi saya dengar tetapi kenapa selepas lapan tahun ditimbulkan? Nampaknya angka lapan ini menjadi angka misteri dan diminati?

Hari ini sebuah media di Indonesia menyiarkan penafian amah berkenaan dirogol menteri. Malahan katanya menteri berkenaan melayan dia dengan baik semasa dia jadi amah di rumah menteri Najib itu. Mungkin benar... kalau berlaku asmara, semasa berasmara sesiapa pun akan melayan regunya dengan baik. Tetapi selepas itu baru ada hal-hal yang tidak disenang dan menjadi pertikaian. Jadi rogol yang dimaksudkan itu diistilahkan selepas selesai 'main'. Mungkin begitu. Agaknyalah, nak tahu tanya Mat Maslan?

Penafian amah itu tidak akan menamatkan isu menteri berkenaan. Dalam kepala orang kampung, budak sekolah, guru Tadika, tukang gunting, pemandu teksi, penjaga lif, budak pejabat semua bertanya... betulkah? Benarkah? Takkan le? Semua pertanyaan berbentuk tanda seruan itu sudah cukup untuk menteri berkenaan berundur perlahan-lahan.

Tidak susah untuk beliau berundur kerana tuduhan itu (kalau ia benar). Menteri itu seorang ahli bahasa, dia boleh putar dan menghalalkan tindakan itu. Dia boleh tenggelamkan dalam bahasa berbunga-bunganya.

Dia juga pernah membakar jambatan, tetapi boleh menyeberang lautan politik dengan jambatan baru. Dan dia juga seorang anti tesisnya sendiri. Kalaulah itu lagak dan wajah dirinya, maka tuduhan dia menggodam amah itu tidak menjadi perkara yang pelik? Tidak hairan kalau menteri kabinet terlibat dengan jenayah rogol, sebab ada bekas menteri bagi wang RM20,000 agar pasangannya menggurkan kandungan di Johor?



Oleh Mohd Sayuti Omar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan