Tiada kemajuan jika Melayu terus lena dibawah laungan Ketuanan Melayu yang telah dilaungkan semalam puluhan tahun. Kita telah dilalaikan dengan laungan ketuanan Melayu. 50 tahun lebih kita merdeka masih ramai yang miskin. Masih ramai lagi yang hidup berlantaikan tanah merah.
Melayu mahu maju? Melayu mahu agung balik seperti zaman Empayar Benua Islam Siam Kedah
dimananya kekuasaanya dari Ayuthia hingga ke Filipina. Mudah saja. Kembali kepada Islam 100% dan menolak omongan kosong Ketuanan Melayu tajaan Ibrahim Ali dan Umno. Jika kita menolak laungan tersebut percayalah, Melayu akan maju kedepan.
Pemikiran telah dibodohkan secara total dengan laungan ketuanan Melayu. Kita dibodohkan dengan laungan Daulat Tuanku. Tapi kita sedarkah siapa yang menghapuskan kuasa raja? Anwar Ibrahim? TG Nik Aziz? Lim Kit Siang? Pakatan Rakyat?
Aku mahu orang Melayu buka mata luas - luas :
Oh Melayu, sampai bila mahu dibebalkan oleh Umno dan PERKASA? Sampai bila mahu menelan sahaja pembohongan PERKASA dan Umno.
Kita terus lemah kerana percayakan pembohongan Umno dan Perkasa. Lagi bodoh Melayu lagi senang Umno mengumpul kekayaan.
Aku mencabar Perkasa, GAPS, dan Umno. Sila nafikan keratan akhbar ini!!
HIDUP MELAYU kalau TOLAK UMNO!!
Dragsuperstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan