Pengikut

Jumaat, 7 Januari 2011

'Khinzir di bawah kopiah"

EMOSI sungguh MP Kulim YB Zul `firaun besar' di dalam penulisannya tentang hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri berkaitan hak Sultan Selangor. Aku malas nak link kan tulisan di dalam blog YB Zul itu, sesiapa yang bodoh dan tidak boleh berfikir lebih baik tidak membuka blognya.

Beliau menyebut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor ibarat `ada khinzir di dalam Yong Taw Foo'. Pada aku tiada masalah kalau orang Cina yang bukan Islam memakan Yong Taw Foo yang mempunyai khinzir dan Yong Taw Foo itu pun memang makanan kegemaran kaum Cina.

Apabila meneliti hujah YB Zul `firaun besar' ini di dalam blognya, aku juga merasakan seperti `Ada Khinzir Di Bawah Kopiah' YB Zul. Semua perkara yang beliau tuduh ke atas Kerajaan PR di Selangor, semuanya mahu dilibatkan dengan DAP. Kununnya, apa yang berlaku berkaitan perlantikan KSU Selangor pun adalah kerana hasutan DAP. Aku juga boleh tuduh apa yang YB Zul `firaun besar' ini perkatakan berkenaan PR adalah hasil hasutan parti sekular sekutu Apco itu. Sepatutnya sebagai seorang Peguam walaupun kadangkala `pembawa fail dan beg' sahaja, beliau harus membawa hujah dan fakta bagi membuktikan bahawa sememangnya DAP yang menghasut Kerajaan PR Selangor selama ini. Jelas, beliau bukan peguam yang baik jauh sekali seorang MP yang berkaliber.

Sebenarnya, YB Zul Kulim buat kecoh membabi buta adalah dengan harapan agar rakyat terutamanya di Kulim Bandar Baru lupa bahawa beliau adalah MP yang tidak direstui oleh majoriti pengundi di situ. Beliau ingin menutup malunya kerana masih menebal muka berada di kerusi yang tidak diredhai itu. Beliau hanya berani bercakap seorang diri, berdepan dengan media yang sepencacai sepertinya sahaja. Apabila dicabar berdebat oleh MP Shah Alam dari PAS, YB Khalid Samad maka kecut dan memulas perutnya. Percayalah, inilah penggal terakhir buat `firaun besar' ini menyondol bagai khinzir. Selepas ini, beliau akan `disembelih' oleh para pengundi di Kulim Bandar Baru dan diletakkan di bawah Yong Taw Foo.

Nasihat aku buat beliau, sebelum menyongkar `khinzir di bawah Yong Taw Foo', beliau mesti sedar di `bawah kopiahnya juga terdapat khinzir'.



Oleh: wfauzdin_ns

Tiada ulasan:

Catat Ulasan