Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Betapa Istimewanya Orang Politik Di Malaysia

Di Malaysia, politik adalah istimewa. Menjadi orang politik adalah lebih istimewa. Dan tentulah menjadi orang politik dan ahli politik adalah berbeza. Ini kerana biasanya ahli politik hanyalah akan mendapat lebihan saki baki daripada tulang-tulang dan serpihan daging yang telah ditinggalkan oleh orang politik.

Istimewanya politik di Malaysia ialah kerana orang politik sentiasa sahaja ingin berpolitik. Makan politik. Tidur politik. Makan nasi politik. Slogan politik. Suratkhabar politik. Menonton Bola bersama rakyat dijadikan bahan politik. Menaiki komuter kononnya untuk mengetahui kesusahan rakyat adalah politik hatta menangis pun kini telah diangkat untuk menjadi suatu seni politik yang cukup kreatif dan ianya hanya laku di Malaysia sahaja.

Orang politik terutamanya pimpinan BN menjadikan kesemuanya adalah bersifat politik kerana dengan politiklah mereka mencari makan. Soal rakyat adalah hal yang entah ke berapa. Mencari makan maksudnya dengan politiklah mereka mendapat pengaruh, kuasa dan kedudukan. Dan ini dapat dibuktikan oleh dakwaan terhadap Khir Toyo yang hanya beberapa tahun menjadi MB dan terus dapat membuat banglo jutaan ringgit?.

Begitulah juga apabila menjadi Menteri dan kuncu-kuncunya membuat salah, tentulah layanannya amat berbeza apabila dibandingkan dengan rakyat biasa yang membuat salah. Sebenarnya telah wujud 2 set undang-undang yang berbeza di Malaysia. 1set dipakai apabila rakyat membuat salah. 1set untuk pemimpin yang buat salah, tapi tidak akan dianggap bersalah pun selagi rapat dengan PM. Itulah 1Malaysia.

Masih ingat bekas Menteri yang dituduh membuat gangguan seksual dengan meraba punggung suatu ketika dahulu?. Akhirnya pihak Polis terpaksa terhegeh-hegeh berjumpa bekas Menteri terbabit apabila siasatan ingin dilakukan. Betapa istimewa layanan Polis yang diberikan kepada Bekas Menteri ini. Namun akhirnya kes ini senyap tanpa berita. Tak tahulah kalau-kalau penemuan keputusan kes ini ada terdapat didalam wikileaks. Sama-samalah kita google.

Kes yang masih menjadi kontroversi adalah berkenaan kes Datuk Seri Rais Yatim. Yang terbaru adalah pengakuan Robingah yang mengakui bahawa dirinya tidak pernah sesekali dirogol oleh majikannya. Malah dia telah mengatakan bahawa dia mendapat layanan yang sungguh baik.
Persoalannya adalah: Menteri terbabit nafi dan terus menjadi tidak bersalah?. Mengaku tidak buat perbuatan tersebut dan terus menjadi bersih daripada dakwaan?.

Wah wah wah. Kiya..kara he?. Inilah yang dikatakan betapa istimewanya menjadi orang politik yang mendapat kedudukan di Malaysia - yang rapat dengan pemerintah.

Saya tidak tahulah selepas ini, akan ada kes yang sama tapi tak serupa selepas ini. Seseorang yang membuang bayi, akan meletakkan nota disebelah bayi tersebut yang berbunyi ‘sebenarnya saya buang diri saya sendiri, maka jangan tangkap sesiapapun' maka si pelakunya akan dilepaskan begitu sahaja?.

Ataupun seseorang yang telah dibunuh dan disebelahnya dijumpai nota ‘sebenarnya saya bunuh diri saya sendiri' dan ditandatangan secara rasmi- maka terus kes tersebut dianggap bunuh diri?. Dalam kes Rais Yatim, mangsa dikatakan membuat surat menafikan perbuatan rogol telah berlaku, maka adakah segalanya telah selesai?.

Kalaulah macam ni, filem Hindustan pun boleh kalah teruk dan terus bangkrap. Ini kerana rupa-rupanya drama di Malaysia jauh lebih menarik, ‘thriller' selain daripada sarat dengan kempen budi bahasa yang terdapat didalamnya. Kah kah kah.

Opps!. Tolong jangan ketawa dahulu kerana di Malaysia semuanya boleh. Logik atau tidak perkara yang ke tujuh ataupun ke lapan. HAHAHAHA dan gelaklah kita bersama-sama....barulah 1MALAYSIA.



Oleh MF Othman / TKO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan