Pengikut

Ahad, 23 Januari 2011

Cabaran Debat bergema lagi di Tenang (video)


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk berdebat isu peribadi jika ia menjadi kemahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang bermati-matian mengelak berdebat isu ekonomi.

Menyatakan Najib belum menerima pelawaan untuk berdebat mengenai Program 100 Hari sebaliknya menyerang beliau dengan mengungkit isu peribadi, Ketua Pembangkang itu tidak gusar sebaliknya sedia untuk berdebat dalam hal itu.

“Demam pun saya mampu debat, tapi tajuk ekonomi. Najib tidak mahu debat ekonomi, mahu tajuk peribadi, tidak mengapa, boleh. Tajuk pertama ekonomi, tajuk kedua peribadi. Dia (Najib) kata Anwar ini akhlak rendah peliwat, tidak mengapa tapi bawa bukti. Saya akan menyebut rampas bini orang, rasuah RM500 juta, pembunuhan Altantuya, jawab.

“Saya tidak mahu tanya, sila jawab. Mahu tengok siapa yang kena londeh,” katanya pada ceramahnya di Felda Tenang malam tadi.-Keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan