Pengikut

Rabu, 19 Januari 2011

Anda Nakkan Subsidi Balik?

Saban hari kita terus mencongak wang kita. Cukup atau tidak hingga bulan. Cukupkah jikalau yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cukupkah kalau secara tiba - tiba anak datang kepada ayah atau ibu untuk meminta wang perbelanjaan. Setiap kali kita mendapat gaji kita harus buat kira - kira agar anak dan isteri kita cukup makan hatta kita terpaksa mengikat perut. Si bujang juga terpaksa mengikat perut.

Semuanya kerana semuanya telah naik. Harga makanan terpaksa dinaikkan setelah harga minyak masak, bawang, tepung, gula, harga tong gas dan lain - lain telah naik mendadak. Harga minyak petrol juga naik dan ini menambahkan lagi kekusutan kita. Apa salah kita? Kita taat menyokong kerajaan selama puluhan tahun. Kita tidak melawan hatta kuasa raja - raja Melayu ditarik pun kita masih taat.

Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan perbelanjaan boros menggila dari isteri PM iaitu Rosmah? Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan menaikkan harga - harga keperluan? Subsidi makanan telah ditarik. Subsidi yang paling utama telah diganggu oleh BN. Salahkah kita untuk menikmati subsidi tersebut. Rakyat ini hina sangatkah? Rakyat ini memang anjing kurap ditepi jalankah?

Khir Toyo merompak wang negeri Selangor ratusan juta
. Wang negeri yang sepatutnya disalurkan pada rakyat negeri Selangor akhirnya masuk ke lubang poket Khir Toyo. Itu bagi kawasan negeri. Bagaimana pula negara? Sudah pembaziran yang tersangat dahsyat telah dilakukan. Apabila negara tiada wang siapa yang menjadi mangsa? Kita. Rakyat. Rakyat Malaysia tempat mereka menjadikan sandaran untuk memenuhkan kembali wang negara. Keji sangat perangai mereka.

Persoalan sekarang jikalau mahu kita mengembalikan hak kita. Senang. Pilih yang mana tidak menyusahkan rakyat. Sebagai contoh, pilih kerajaan yang memberi air percuma kepada rakyat jangan pilih kerajaan yang ikut cakap kontraktor. Kita pilih kerajaan dimana jika rakyatnya kena berhenti kerja tapi kerajaan tolong sediakan kerja lain untuk rakyatnya. Jangan sesekali pilih kerajaan yang menarik hak kita.

Undi BN, harga tepung naik. Undi BN, harga air akan naik. Undi BN, harga bawang akan naik. Undi BN, harga minyak akan naik. Ha..fikir secara elok. Nak subsidi atau BN?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan