
Laporan 27 mukasurat itu, kata Sivarasa, adalah laporan menyeluruh dengan fokus terjurus kepada dua perkara.
Pertama, beliau dan Karpal tidak bersetuju dengan cara jawatankuasa itu menjalankan siasatan dan menyifatkannya sebagai pencabulan serius keadilan kerana Anwar tidak dibenarkan membela dirinya.
Kedua, laporan itu melihat kepada merit kes berkenaan dan kesimpulan mereka ialah Anwar tidak bersalah memperdayakan Dewan Rakyat berdasarkan hujah yang dimuatkan dalam laporan mereka itu.

"Saya telah hantar laporan ke pejabat speaker dan berharap laporan kami juga akan dibentangkan sebagai sebahagian daripada prosiding jawatankuasa, jadi ahli Dewan akan mempunyai kedua-dua laporan,” kata ahli parlimen Subang itu.
Jelasnya lagi, laporan berkenaan telah diserahkan kepada pegawai khas kerana Pandikar tidak berada di kamarnya.
"Bagi kami, ini adalah laporan kami. Ahli Dewan Rakyat mesti diberi peluang mendengar daripada kedua-dua pihak. Di Parlimen negara lain, intu adalah norma tetapi ini agak janggal bagi parlimen Malaysia. Tetapi kita sedang melalui masa yang berbeza,” hujahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan