Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong Drs Khalil Idham Lim akan dirujuk ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan selepas membangkitkan isu membawa masuk bomoh ke dalam bangunan itu pada sesi persidangan dun itu, tahun lepas.
Drs Khalil dalam 'twitter'nya menulis beliau akan dirujuk ke jawatankuasa tersebut selepas Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mendesak beliau mendedahkan nama Adun Umno-Barisan Nasional(BN) yang dimaksudkannya itu.
"Tujuan saya membangkitkan isu bomoh bukan untuk memalukan sesiapa tetapi untuk menyatakan hal terlarang itu adalah tidak betul.
"Sebab itu, bila didesak untuk menyebut nama adun berkenaan, saya tidak sebut.
"Saya akan sebut bila jawatankuasa itu memanggil saya nanti.
"Saya juga bertanggungjawab dengan kenyataan yang diberikan berkaitan bomoh dan saya ada bukti jelas bila dipanggil nanti," ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan