Pengikut

Selasa, 7 Disember 2010

17 Disember Peneroka Saman FELDA Besar-besaran

Sejak ditubuhkan pada 1956, banyak isu-isu penindasan kritikal terhadap dua juta peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA.

Antaranya ialah tuntutan wang tanam semula, kadar perang gred serta penipuan dan penyelewengan di peringkat pengurusan walaupun peneroka telah bertindak membuat aduan dan menghantar memorandum.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman memberitahu 17 Disember depan. Peneroka menerusi Pakatan Rakyat akan melancarkan Kempen Saman Felda Besar-besaran bagi menuntut hak peneroka yang selama ini diperkosa oleh agensi itu.

"Datuk Sri Anwar Ibrahim mengetuai Pakatan Rakyat bersama Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin-pemimpin DAP akan melancarkan Kempen Saman Felda besar-besaran di Gugusan Bera Pahang 17 Disember ini," jelasnya.

Kempen ini juga akan menyaksikan sekurang-kurannya seribu peneroka dari Pahang akan menyerahkan saman terhadap FELDA.

"Kalau perkara ini berlaku,Kerajaan BN akan mencatat sejarah dunia kerana berdepan dengan saman rakyat yang terbesar di dunia," katanya.

Beliau berkata demikian dihadapan hampir 2500 rakyat dari seluruh negara pada Program Makan Malam Rakyat Marhaen anjuran PAS menerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang berlangsung semalam di Stadium Kajang.

Sebagai rekod, Lajnah ini berperanan menangani isu-isu berkaitan tanah dengan lebih spesifik yang kini baru berusia setahun setengah setelah diluluskan dalam Kabinet Baru Pas Pusat dan kini mempunyai hampir 50 cawangan disetiap FELDA seluruh negara.

Menurut Mazlan, walaupun peneroka membuat aduan dan mengahantar memorandum tetapi sehingga kini, tiada satu tindakbalas dari kalangan pemimpin Barisan Nasional, maka peneroka tidak teragak-agak untuk melancarkan kempen ini.

Tambahnya lagi, kekejaman FELDA bukan sahaja membuka mata para peneroka malah ia juga dihidu dan menginsafkan kakitangan FELDA sendiri sehingga menyaksikan hampir lima ribu kakitangannya bersara awal dan bercadang ingin menubuhkan badan bertindak untuk membantu para peneroka seluruh negara.

"Lebih daripada 5 ribu kakitangan yang pencen mahupun bersara awal, ada yang bertemu dengan saya tanpa segan silu menyatakan rasa berdosa dan bersalah kerana mereka terlibat secara lansung dan tidak langsung berkompromi dengan FELDA menindas peneroka.

"Dan ada di antara mereka mencadangkan kepada saya agar ditubuhkan satu badan untuk bekas kakitangan FELDA sekurang-kurangnya mereka boleh menebus kesalahan dan dosa mereka dengan cara mereka memberikan khidmat mereka untuk turun ke tanah rancangan FELDA untuk menerangkan hakikat yang sebenarnya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan