Pengikut

Selasa, 9 November 2010

Zaid telah gagal mengikut rentak perjuangan parti

Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat Zaid sebagai seorang yang tidak berdisiplin dan gagal memainkan peranan sebagai salah seorang pemain dalam satu pasukan bagi mencapai cita-cita PKR dan Pakatan Rakyat.

“Politik dalam permainan berpasukan, bukannya bulu tangkis... anda kena bergerak secara berpasukan bukannya secara seorang diri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa ini menambah, Zaid telah gagal dalam menerima atau mengikuti rentak permainan PKR selepas menyertainya pertengahan tahun lalu.

Kita sudah dengar lama. Beliau sebenarnya seorang yang gagal, dalam Umno beliau dan dalam PKR pun dia gagal.

“Kita tidak boleh menafikan yang Datuk Zaid tidak memberi sumbangan kepada PKR, tetapi nampaknya Datuk Zaid ada kelemahan dalam menerima persekitaran politik dalam PKR,” kata beliau yang turut merasakan bahawa yang akan rugi ialah Zaid sendiri.

Saya rasa yang untung adalah PKR kerana telah berjaya mengeluarkan duri dari parti... saya melihatkan perkembangan sekarang ini sebagai tindakan mengeluarkan seorang itu secara konstruktif, tanpa ada tindakan disiplin... Datuk Zaid sendiri menekan butang mengeluarkan diri dia (daripada arus permainan politik dalaman PKR),” kata Aziz yang berpendapat, kemungkinan itu yang diharapkan oleh sesetengah pihak dalam PKR sendiri.

Beliau berpendapat sesetengah pihak menunggu saat itu apabila beberapa tindakan Zaid, bekas anggota Kabinet persekutuan ini, dilihat melanggar dasar dan keputusan parti. Ini termasuklah dasar tidak boleh memberi pandangan kepada media yang tidak direstui parti dan mengkritik Anwar seolah-olah tidak sanggup menerima tanggungjawab tetapi mahukan kuasa kepimpinan parti.

Mengenai masa depan kerjaya politik, Aziz berpendapat Zaid sendiri yang kena memutuskan.

“Sama ada DAP dan PAS akan menerima beliau, masih menjadi tanda soal... beliau sendiri yang kena memutuskan selepas beliau sendiri memutuskan untuk bertanding dan beliau sendiri yang memutuskan menarik diri daripada saingan,” kata beliau.

Pandangan Aziz seiring dengan komen Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali kepada Bernama. Syed Husin yang tidak mempertahankan jawatan timbalan presiden berkata, keputusan Zaid itu adalah haknya dan parti tidak mempunyai kuasa untuk menghalang.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pengumuman Zaid itu kerana tindakan melepaskan jawatan itu telah pun dijangka.

“Menerusi tindak tanduknya, kenyataan-kenyataan yang dibuat, semuanya saya nampak menjurus ke arah ini (lepas jawatan),” kata Syed Husin lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan kekecewaan terhadap keputusan pemilihan yang kurang memihak kepada Zaid menjadi punca beliau melepaskan semua jawatan.


-The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan