Pengikut

Selasa, 9 November 2010

Anwar Dan Azmin Harus Letak Jawatan dan Tinggalkan PKR -Zaid

Datuk Zaid Ibrahim, yang semalam mengejutkan ramai dengan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, hari ini mendesak Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan kepimpinan parti.

Pada sidang media di rumahnya pagi ini yang menjadi tumpuan wartawan, bekas menteri itu menyalahkan kedua-dua Azmin dan Anwar berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung.

“Saya ingin berkata, jika mahu PKR bergerak ke depan, Anwar dan Azmin mesti pergi (tinggalkan parti)... kerana mereka adalah punca (kepada kesemua) masalah," kata Zaid.

Kini, Anwar merupakan penasihat PKR manakala Azmin, salah seorang naib presiden, bertanding jawatan timbalan presiden.


p/s: Sepatutnya di antara Zaid Ibrahim , Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sapa yang sepatutnya meninggalkan PKR?

- Dperbatasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan