Semua pemimpin yang baru terpilih digesa memikul amanah besar yang disandarkan dengan semangat perjuangan tanpa membedakan kedudukan, kepentingan dan kabilah diri sendiri.
Demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil menegaskan tanggungjawab kepimpinan parti adalah amat berat dengan sumber yang terhad justeru setiap ahli perlu digembeling dan diperkasakan tanpa mengira kelompok dan kabilah.
Wan Azizah, dalam ucapannya di Kongres Nasional Keadilan ke-7 di Shah Alam hari ini menasihati semua pemimpn yang baru terpiih supaya mengutamakan kepentingan parti lebih dari sebarang prinsip dan kepentingan diri sendiri.
Menurutnya, pasukan kepimpinan baru wajar menyemarakkan roh muafakat sesama mereka supaya ia boleh dijadikan teladan yang positif di kalangan ahli biasa dalam parti.
"Sesunguhnya tiada siapa diantara kia yang sempurna. Justeru, bersamalah memperkasakan sillatulrahim dan perhubungan yang ada. Sehubungan ini, setiap cabang dan ranting perlu diperkasakan dengan membanyakkan program-program yang dapat meningkatkan keprihatinan rakyat dan semangat kerja berpasukan. 'TEAM: Together Everyone Achieve More'.
"Bersamalah semarakkan ruh muafakat sesama kita supaya ia menjadi teladan setiap ahli di peringkat bawahan. Ia juga akan melonjakkan keyakinan dan penghormatan rakyat kepada parti kita yang dicintai ini," katanya.
Wan Azizah juga mahu barisan kepimpinan baru yang menang supaya jangan lupa kepadda jasa dan pengorbanan calon-calon yang kalah dalam pemilihan majlis pimpinan yang baru berakhir.
Menurutnya, mereka juga telah memberikan sumbangan besar dalam mengangkat martabat parti ke mercu yang lebih tinggi.
"Mereka sebenarnya telah memberi jasa besar melibatkan diri bertanding dan membuatkan anda menang. Justeru siapa jua yang dianggap pemenang perlulah menghargai rakan-rakan lain yang dianggap kalah. Ayuh mari kita berkongsi bersama-sama kemenangan itu. Tanpa mengira siapa, kesemua kita perlu memiliki psikologi menang dalam menghadapi PRU 13 akan datang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan