Pengikut

Sabtu, 20 November 2010

Seikhlas Mana Diriku

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtra.

Biasalah kita apabila bercakap, terkadang kita terlupa ada insan yang terluka dengan percakapan mahupun tersinggung dengan perbuatan kita, tetapi seringkali juga kita mahukan orang lain menjaga hati dan perasaan kita. Mungkin ada yang beranggapan bahawa dirinya lebih berpelajaran ataupun lebih berilmu dari orang lain sehinggakan apa sahaja yang dikatakannya betul belaka sehinggakan dirinya tidak boleh menerima teguran.

Terkadang, kita amat mudah naik darah sehinggakan kita gagal mengawal emosi kita. Kita juga tidak mampu menuturkan perkataan yang mampu menjaga hati dan perasaan orang setiap masa, tetapi kita masih mampu mengawalnya.

Dalam sesebuah persahabatan, kepercayaan adalah sangat penting, namun sebenarnya, kita sangat sukar untuk mendapatkan kepercayaan orang tetapi untuk menghilangkannya amatlah mudah. Sebagai contoh, ada sesetengah daripada kita hanya manis di mulut sahaja, tetapi setiap apa yang diperkatakannya tidak mampu dipraktikkan dengan sebaiknya sehinggalah orang hilang kepercayaan. Sekiranya kita pada awalnya menunjukkan contoh yang baik, thiqah tetapi kerana satu kesilapan kita, orang akan menganggap kita sebagai munafiq (maaf kiranya istilah yang digunakan terlalu kasar), walhal ianya hanya kesilapan yang tidak disengajakan.

Oleh sebab itu, sifat tawadu' sangatlah dituntut dalam kehidupan seharian kita. Biarlah kita tidak dikenali dan penampilan kita bersederhana tetapi kita dekat dengan Allah daripada kita hanya nampak gah dan hebat di mata masyarakat tetapi diri kita semakin jauh dari Allah. Maafkan diri ini kiranya apa yang dicoretkan hanya sekadar menceritakan pengalaman yang amat sukar untuk dimengertikan. Hanya diri ini memahami apa yang dihadapinya.

Renunggilah kata-kata ini. “Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh” -Amru Al-As



Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam


Dari
D’PERBATASAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan