Pengikut

Khamis, 4 November 2010

Parut Lama Menenggelamkan Malaysia

Dinilai dari sudut antarabangsa, berdasarkan hampir setiap petunjuk prestasi yang difahami manusia, Malaysia adalah bebal, dan ini pun bagi menyebut secara bersopan. Kad laporan kita tenggelam di dalam lautan dakwat merah. Indeks Persepsi Korupsi 2010 yang baru dikeluarkan menunjukkan Malaysia mendapat mata 4.4 di nombor 56 dari 178 negara yang diselidik.

Ramai yang mempertikai kaedah yang telah digunakan, bahkan membuat saranan untuk membangunkan indeks kita sendiri. Tetapi benarkan saya untuk berkata begini. Walau apapun yang mungkin kita fikirkan, Indeks Persepsi Ketelusan Rasuah Antarabangsa mendapat reputasi yang tak ada duanya sebagai indeks paling berautoriti di dunia dalam kategorinya. Sentimen yang sama juga diluahkan tentang indeks universiti ternama di dunia. Serang pembawa berita buruk tersebut, dan lari bersembunyi di bawah tempurung dan menjeritlah hingga serak ke serata dunia untuk menghebahkan versi kita tentang pencapaian Malaysia. Kita sudah menjadi umat kecundang yang tidak mampu

menerima kenyataan.

Ketika Datuk Anwar Fazal, Raja Aziz Addruse, Datuk Param Cumaraswamy dan lain-lain tokoh berintegriti tinggi bertemu di majlis Commonwealth Royal Society beberapa tahun yang lalu untuk membincangkan pembentukan Malaysian Chapter of Transparency International Malaysia, mereka cukup memahami, dan amat prihatin terhadap lajunya pecutan rasuah dalam kehidupan nasional sehingga menghancurkan nilai-nilai moral dan menghakis jiwa nurani rakyat kita. Bukan tugas mudahuntuk mengendalikan sebuah organisasi anti-rasuah bukan-kerajaan semasa era

regim rasuah dan menindas Mahathir.

Registrar of Societies dalam hal ini sangat membantu, dan begitu menggembirakan kami, dan mengesahkan permohonankami. TI yang ada kini terhutang budi kepada Tan Sri Hassan Marican, Presiden PETRONAS ketika itu, seorang insan yangamat berprinsip terhadap negaranya. Dia mengundang saya untuk makan tengahari dalam kapasiti saya selaku Presiden TI dan tidak sampai lima minit menjamah makanan dia berkata bahawa dia ingin mendukung kerja kami, dan berapa banyak saya perlukan? Saya menjawab, saya tidak berminat dengan sejumlah gran jangka pendek, tetapi sokongan berjangka panjang. Saya minta sedikit sahaja, kerana tidak mahu gelojoh. Dia setuju. Saya memahami dukungan PETRONAS ini berterusan hingga ke hari ini, tanpa apa-apa niat.

Tahun-tahun sejak TICPI muncul pada 1995, dua tahun setelah Transparency International dtubuhkan, Malaysia jarang-jarang mencapaimarkah lulus terendah, iaitu mata 5. Kami pernah berulang-kali berada di hadapan Korea Selatan, dan di Asia selama bertahun-tahun cumadi belakang Singapura, Hong Kong, Jepun dan Taiwan. Sekarang semuanya menunjukkan bahawa kita sudah jauh mundur ke tahap di mana rasuah di negara kita bukan lagi menjadi kenyataan hidup, malah sudah menjadi satu cara hidup. Ketika kita melihat secara dekat negara-negara yang dianggap sebagai di antara yang paling kurang rasuah, kita dapati mereka selalunya ditadbir dengan baik dan terdapat perhubungan terus di antara pemerintahan yang baik dan daya saing. Negara-negara ini amat sedar bahawa rasuah jika tidak dipantau akan merencat dan menghancurkan nilai-nilai moral dan sistem nilai mereka, dan seterusnya ekonomi mereka.

Gejala pembusukan moral ada di mana-mana di negara ini. Ia tidak pernah berhenti untuk mengejutkan saya betapa naifnya para pemimpin kerajaan kita yang berfikir laungan retorik sahaja bersama niat baik memerangi rasuah boleh mencegah hasutan sistemik mekanisme negara yang tidak terkawal dalam penilaian dan pertimbangannya, beserta lain-lain institusi kerajaan sebagai juzuk daripada pengaturan perlembagaan untuk melindungi hak-hak warga negara kita. Mahathir memiliki pandangan sinis terhadap pentadbirannya, satu konsep yang sama sekali asing baginya. Dia mulai menghancurkan, seperti manusia yang dirasuk, apa sahaja yang dilihatnya sebagai hambatan perlembagaan atau undang-undang demi cita-cita peribadi dan politiknya. Warisannya untuk Malaysia paling tepat digambarkan sebagai budaya rasuah yang tertanam kukuh dan berpanjangan lalu membebani negara ini selamanya melainkan kita, iaitu rakyat, menguruskan masalah ini dengan tangan sendiri dan mengundi agar pemerintahan rasuah ini terhumban hari pejabat kerajaan. Lakukan ini sebelum kes ini dianggap terlalu remeh, dan sudah terlalu terlewat.

Sementara itu, nasihat saya untuk Najib adalah hentikan permainan bodoh yang dahulu amat digemari Abdullah Badawi, sipengembala yang berubah menjadi pemburu. Dia memusnahkan maruah badan anti-rasuah seperti National Institute of Integrity, iaitu Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Polis Diraja Malaysia, dan undang-undang anti rasuah yang baru untuk membantu tugas-tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menjadi hampa semuanya, selain sulapan tangan yang tidak memperdaya sesiapa pun, dengan keputusan yang dijangka. Badawi mengamalkan kedua-duanya tidak jujur dan gaya, dan seperti yang terakhir ditunjukkan oleh TICPI, rasuah terus bermaharajalela.

Dalam ucapan saya pada 2001 di persidangan yang dianjurkan oleh Bank Pembangunan Asia di Phnom Penh, saya mengingatkan khalayak saya bahawa “Hbahkan sebelum kita menimbang sebarang hukuman terhadap rasuah, adalahpenting bagi kita untuk mengenali suasana khusus dan kompleks yang menimbulkannya. Kajian mendapati bahawa punca umum rasuah adalah tidak adanya institusi-institusi kerajaaan yang kuat dan tidak tercemar, seperti badan kehakiman, undang-undang, pejabat ketua audit, pihak polisi, pejabat peguam negara, media, organisasi masyarakat sivil dan sektor swasta.”

Di Malaysia, sedihnya, Mahathir berjaya dengan cemerlang dalam melakukan tindakan kotornya. Tidak satu pun institusi penting ini yangboleh terus mengadili kewujudan mereka dan mereka sudah pun menjadi sebahagian dari masalah rasuah ini. “Tujuan utama untuk membangunkan institusi-institusi yang kuat adalah pertamanya untuk mencegah rasuah dari berlaku bukannya berharap kepada denda setelah ia berlaku”, menurut Jeremy Pope dalam bukunya TI Source Book 2000.


Oleh Tunku Abdul Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan