Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
Keterangan
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
1. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
2. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
3. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
4. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
5. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
7. Apabila maksiat semakin banyak berlaku. Lebih memilukan lagi apabila anak sudah berani menipu ibu bapa (anak kelihatan baik dihadapan orang tua, tetapi sebaliknya dibelakang)
8. Semakin banyak perpecahan/ perbalahan sesama umat islam.
9. Semakin ramai manusia yang berlagak sombong, angkuh, biadab (terhadap orang yang lebih tua)

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.
Apa yang kita lihat sekarang, semakin ramai anak muda yang berlaku sumbang, biadab, sombong dan angkuh. Sekiranya ditegur, mereka tidak menerima dengan hati terbuka. Walhal sudah terbukti, bahawa dirinya bersalah.Malah lebih buruk apabila ada yang tidak dapat menerima, lebih suka menyalahkan orang lain yang menegur. Sesama Islam sudah menyebut, sekiranya anak adam itu melakukan kesilapan, maka hendaklah ditegur. Sebagai umat Islam, kita berhak untuk menyampaikan ilmu, dan menegur dengan cara berhemah.

Tetapi untuk menduga kita. Mempastikan kita, bahawa kita sebagai manusia adakah dari kalangan yang bersyukur? Bukan mudah untuk mengaku salah....Bukan payah untuk menuding jari ke arah insan lain.Dan disebabkan sikap sombong dan berlagak kita, pelbagai bala dan ancaman telah Allah turunkan.Kadangkala, kita terlupa/ lalai...Kita tertanya mengapa ramai orang tidak menyukai kita? Kenapa setiap kali memulakan perkenalan, seringkali terjadi pertelingkahan? Kita diberi akal untuk berfikir, kita diberi hati untuk merasai, kita diberi rasa untuk merasai....Tidak pernahkah kita fikirkan?
Mungkin kerana sikap kita yang kurang disenangi oleh teman-teman.Mungkin tabiat buruk kita menjadi kebencian setiap mata memandang....Selagi kita diberi Allah segala kebaikkan, pergunailah...Jangan hanya tahu mengatakan diri kita sebagai insan yang matang, tetapi hakikinya kita lebih kerdil dari orang yang tidak langsung punyai akal.
Kadangkala melalui pengalaman lalau menjadikan kita lebih berhati-hati dalam melalui hidup ini.Kadangkala pengalaman itu menjadikan kita lebih muhasabah diri.Tetapi sebaliknya. Pengalaman lalu banyak kita gunakan untuk kita lebih bersikap angkuh, biadab, sombong sehinggakan sanggup menyinggung perasaan dan kredibiliti orang lain.Pernahkan kita perasan tentang itu?

Mungkin pada pandangan mata kita, dia lelaki / perempuan terbaik. Ingatlah kita, selagi kita belum sebenar-benarnya menginsafi diri. Sesekali kita cuba renung, di mana salah dan silap kita. Sesekali cuba kita fikirkan kebaikan seseorang terhadap kita. Sesekali cuba kita renung, masa lampau kita...Nescaya kita akan menangis apabila mengenang semua itu. Tetapi kita angkuh, kita sombong, kita tidak mahu menoleh walaupun sesaat masa lampau yang sebenarnya banyak memberi pengajaran pada kita.
Untuk menjadi baik, berkawanlah dengan orang- orang yang baik. Belajarlah dari kesilapan lalu. Jangan asyik mengikut kata hati dan kedegilan diri sendiri.Dengan orang lebih tua, kita besikap kurang ajar, kita biadap apabila menerima sebarang nasihat. Apakah salahnya kita mendengar?

Ingatlah...doa orang yang teraniaya amat mustajab. Tidakkah kita takut? Dan hari ini cuba kita lihat, berapa banyak telah Allah turunkan bala? Mungkin kita bergaduh sesama rakan dipejabat. Mugkin kita bergaduh bersama suami/isteri dan lebih buruk apabila kita bergaduh sesama ahli keluarga. Jadi, sekiranya anda semua membaca petikan ini, anggaplah ia sebagai ilmu yang perlu disampaikan kepada kita sesama Islam. Jangan biarkan Islam dijajah.Sepertimana kita telah lihat. Segala-galanya telah dijajah dan kita merelakannya. Semakin banyak maksiat berlaku, semakin banyak anak remaja yang biadab, angkuh, sombong walaupun baru mendapat sedikit kesenagan yang telah Allah berikan, bukankah itu sikap golongan penjajah? Lebih ramai lagi bangsa lain di luar sana yang bersikap mulia dari kelakuan kita. Tidakkah kita malu atau segan?

Sekiranya kita sentiasa redha dan berserah pada Allah dan sentiasa menunaikan kewajipan, di situlah Allah beri keberkatan.
Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah
D'PERBATASAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan