Hangpa ingat tak lagi kak Minah Ronggeng di PRK Penanti hari tu ... kak Minah ni bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang. ... entah macamana lari keluar dari PKR dan bertanding sebagai calon bebas menentang Dr Mansor ... semasa kempen macam-macam dia buat cerita ... nak edar CD lah ... ada tawaran dari pimpinan PKR P.Pinang supaya dia menarik diri lah dan macam-macam lagi. Tup-tup kalah terkelepok (kata orang penang, jatuh terduduk la tu) ...
Bila dah kalah kak Min sunyi sepi, Sapa pun dah tak ingat kat dia dah. Apa sangat nak duk ingat bukan sapa-sapa pun .... Tiba-tiba Minah ronggeng muncul kembali ... ada lagi rupanya ... dan macam biasa, kali ni CD baru pula kak Min nak dedahkan ...
CD apa kak Min nak dedahkan tu? Jangan CD joget kak Min dah la ya ... orang tak mau tengok dah pun kak Min ai kalau tara-tara kak Min tu ... hahahaha
Ala kak Min, duk rumah diam-diam jaga cucu lagi baik la, apa yang hang nak duk sibuk-sibuk lagi dalam hal-hal politik ni ... dah terlewat dah .... bagi orang-orang muda saja lah ... sibuk-sibuk pun hang tak dapat apa pun dah ...
Satu pertanyaan pada kak Min ... kak Min, dah join Umno ker ???
ni ha pendedahan CD kak Min, baca kat bawah nie
Aminah akan dedah tindak-tanduk Penasihat Parti Keadilan Rakyat
PULAU PINANG 20 Nov. - Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah menunggu masa dan keadaan yang paling sesuai untuk mendedahkan bukti rakaman percakapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentam rakan sekutunya, DAP dan Pas.
Beliau tidak menolak kemungkinan pendedahan mengenai percakapan Penasihat PKR itu akan dilakukan dalam masa terdekat tetapi belum menetapkan tarikh dan masanya.
Menurut Aminah, pendedahan itu akan dibuat setelah mendapat persetujuan beberapa rakan yang turut sama berjuang dengannya dalam membuka mata masyarakat mengenai siapa sebenarnya Anwar.
"Saya bersedia menyahut cabaran beliau (Zamil Ibrahim). Buat apa saya takut kerana saya memang mempunyai rakaman berkenaan yang kini berada dalam simpanan beberapa rakan baik.
"Apabila tiba masa yang sesuai kita akan dedahkan supaya masyarakat di luar sana tahu siapa sebenarnya Anwar yang mereka sanjung. Saya akan berbincang dengan beberapa rakan untuk berbuat demikian," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim meminta Aminah serta mereka yang sebelum ini mendakwa mempunyai bukti mengenai Anwar yang menghentam rakan sekutunya, DAP dan Pas supaya mendedahkan semua bukti itu.
Zamil berkata, sekarang adalah masa paling sesuai untuk Aminah dan yang lain berbuat demikian untuk membuka mata masyarakat terutama penyokong yang taksub dengan Penasihat PKR itu yang kebanyakannya ahli PKR dan Pas.
Dalam pada itu, Aminah turut mengakui, rakaman berkenaan telah dibuat di Yayasan Aman dua tahun lalu semasa mesyuarat tentang pembahagian kerusi bagi kawasan utara.
Katanya, rakaman yang dibuat melalui telefon selama lebih kurang lima minit itu kemudiannya dibuat dalam bentuk cakera padat (CD) bagi tujuan simpanan.
"Jangan risau, saya memang mempunyai bukti itu dan saya akan dedahkan dalam waktu terdekat," katanya
Sumber Berita Klip sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan