Sejak akhir-akhir ini isu meminta DSAI letak jawatan yang kononnya disuarakan oleh ahli PKR sememangnya amat meragukan semua pihak. Pihak-pihak ini yang dilihat cuba mengambil kesempatan, seolah-olah PKR memang berada dalam keadaan yang bermasalah.
Apa hak mereka nak menyuruh DSAI letak jawatan ?Apa masalahnya? Ada bukti ka DSAI seleweng mana-mana duit rakyat? Mana perginya sikap kental diri dan semangat reformasi terdahulu.
Yang nyata skripnya seolah-olah telah diplotkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan, memandangkan usaha selama ini membeli adun-adun keparat dari PKR untuk tujuan menghancurkan PKR gagal .
Menggunakan orang dalam yang bermasalah untuk mengucarkacirkan adalah taktik biasa yang selalunya digunakan oleh pihak lawan. Seperti biasa media UMNGOk akan ambil kesempatan atas isu ini untuk membuat serangan keatas PKR.Bukan untuk menuduh mana-mana pihak , tetapi semacam ada tangan-tangan ghaib diluar parti yang menjadi duri dalam daging usaha kearah melumpuhkan DSAI bermula dari kenyataan Dr.MAZA, kemudian Datuk Zaid dan terkini dikatakan dari ahli PKR sendiri!!
Golongan ini jangan ingat mereka cerdik. DSAI simbol perjuangan rakyat. Jika mantan TPM seperti ini pun kerajaan BE END boleh dizalimi , inikan pula rakyat bawah seperti biasa..inilah yang sepatutnya rakyat kena faham. Perjuangan PKR bukan untuk DSAI tetapi lebih kepada perjuangan untuk rakyat. DSAI simbol kepada kebangkitan rakyat . Apa yang BE END buat sekarang untuk rakyat sekarang adalah hasil usaha dan kerja keras PR yang diketua oleh DSAI. selepas PRU ke 12.
Hanya rakyat yang bodoh sahaja akan menelan bulat-bulat apa yang media sampah kata. Perjuangan untuk rakyat harus diteruskan bukan untuk DSAI tetapi seluruh rakyat Malaysia . Semoga perjuang DSAI bersama pimpinan PR akan dapat meneruskan usaha menuju Putrajaya. Bersihkan PKR dari golongan yang bermasalah, semoga PR akan terus kuat untuk menghadapi PRU ke 13.
-kopiahijau /RM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan