Pengikut

Jumaat, 12 November 2010

Idea ETP Najib Beri Ilham MCA Bida Syarikat Perjudian

elum pun sampai sebulan Najib mengumumkan Pelan Tranformasi Ekonomi Negara (ETP), MCA sudah dikhabarkan sedang membida bagi mendapatkan saham syarikat perjudian Tanjong Plc yang bernilai sekitar RM2.5 bilion.

Dalam rangka pelan ETP fasa pertama, dibawah tajuk ‘Pelancongan’, Najib mengagaskan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan pelancongan hiburan (Hub Hiburan) dengan membina lebih banyak kelab malam, spa dan juga pusat hiburan lain termasuk pusat perjudian.

Genting Highlands, Bukit Tinggi, Karambunai dan beberapa tempat lain bakal dijadikan pusat hiburan dan kasino antarabangsa.

Peluang ini dilihat dengan pantas oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek bagi meraihkan keuntungan yang lebih besar untuk kegunaan parti itu. Menurut malaysian Insider, MCA telah menjual pegangannya dalam sayap pelaburan Huaren Holdings Sdn Bhd, yang melepaskan 42.4 peratus pegangannya dalam Star Publications (M) Bhd, yang menerbitkan The Star, pada nilai RM1.28 bilion baru-baru ini.

MCA dikatakan sanggup melepaskan kepentingannya yang berprestasi tinggi dalam The Star untuk memperolehi dana yang lebih besar untuk membida. Langkah penjualan ini pastilah didorong oleh peluang yang lebih diyakini mereka untuk meraih untung segera dengan bergandingan bersama Vincent Tan, Ananda Krishnan serta keluarga Cheng untuk menguasai perniagaan perjudian terbesar dinegara ini dalam Tanjong Plc.

Beginilah sikap sebenar kepimpinan BN. Umno cipta dasar dan luluskannya. Kemudian parti-parti komponennya terjun beramai-ramai merebut peluang dan keuntungan tanpa mengira soal halal dan haram.



-pemudawilayah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan