Pengikut

Jumaat, 19 November 2010

Datang tak dijemput pulang tak dihantar

Zaid Ibrahim baru sahaja buat kenyataan akan keluar PKR berkuatkuasa 16 Disember 2010. Saya pasti rakan-rakan dalam PKR menarik nafas lega dengan keputusan itu, begitu juga yang lain dalam Pakatan Rakyat.

Inilah merupakan sebahagian dari ujian dan cabaran yang terpaksa dipikul oleh Pakatan Rakyat termasuklah DAP dan PAS dalam menyusuri laluan yang berliku dan berduri bagi mencapai kejayaan. Perjuangan perlu diteruskan dan proses penyaringan pasti berlaku sepanjang jalan perjuangan itu.

Seorang rakan media menghubungi saya dan meinta ulasan, saya katakana yang Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS ada mengeluarkan kenyataan semalam bahawa lebih baik kita tunggu dan lihat.

Adakah Zaid akan masuk PAS?

Saya diberitahu dalam kenyataan beliau tadi ternyata beliau lebih cenderung menubuhkan parti baru atau rela menjadi Bebas. Secara peribadi saya merasakan PAS tidak memerlukan beliau. Banyka sejarah lampau yang terbuku dalam hati orang-orang PAS berhubung Zaid ini. Apabila beliau mengambil keputusan menyertai PKR dahulu, apa yang terbuku itu dipendam begitu sahaja demi menjaga hati kawan-kawan dalam PKR.

Malah apabila berlaku pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, apabila PKR memutuskan Zaid menjadi calon, ramai orang-orang PAS terganggu hati mereka, namun kerana PAS berjuang atas ketaatan pada pimpinan maka diketepikan kata hati demi menjunjung matlamat perjuangan.

Kini Zaid sudah keluar, biarlah beliau pergi. Datang tidak dijemput pulang tidak dihantar, biarlah beliau dan sesiapa sahaja yang semirip beliau berlalu keluar. Kita punya amanah perjuangan yang lebih berharga dari dua tiga kerat yang punya agenda peribadi.

Semoga rakan dalam PKR bertambah kukuh dengan pemergian beliau.


Dari roslan sms

Tiada ulasan:

Catat Ulasan