Difahamkan setakat ke hari ini - hari kelapan, kerajaan persekutuan belum memberikan apa-apa sumbangan atau bantuan secara rasmi kepada mangsa banjir di Kedah.
Beberapa badan kebajikan sukarela ada memberikan sumbangan termasuk dari Persatuan Cina, parti PAS, UMNO dan NGO lain.Shahrizat Abd Jalil Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga tersasul ketika ditanya wartawan tentang perkara ini.
Difahamkan beliau akan datang semula ke Kedah pada minggu hadapan untuk tujuan pemberian bantuan ini setelah disedarkan oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Betullah seperti apa yang dikata oleh Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah. Wang berjumlah hampir RM2juta yang disalurkan kepada mangsa banjir di Kedah setakat hari ini adalah peruntukan Kerajaan Negeri Kedah yang diberikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah.
JKM adalah agensi di bawah senarai bersama (concurrent list) di mana peruntukannya adalah dari dua sumber iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Menurut pihak Jabatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin adalah pemangku Pengerusi Bencana Alam Negara.
Tetapi Muhyiddin dikatakan sedang berseronok dengan kemenangan pilihanraya kecil Bukit Sapi dan Galas. Selepas itu dijemput pula ke majlis Deepavali dan dia kenyang dengan tose dan murku sehingga lupa bahawa Pengerusi Bencana Alam Negara sedang sakit dan secara automatik dialah penggantinya.
Atau sengaja dia nak pekena Najib Bangsawan ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan