Australia diminta menyatakan pendirian tegas berhubung hak demokrasi terhadap kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Canberra menyatakan sokongan terhadap pembebasan pejuang demokrasi Myanmar, Daw Aung San Suu Kyi Sabtu lalu.
Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemuramah akhbar The Sydney Morning Herald berkata Australia telah menyatakan sokongan kuat terhadap sistem demokrasi di Myanmar tetapi tidak menyatakan pendirian yang sama kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia.
Beliau yang memuji langkah Canberra yang menyokong pembebasan Au San Suu Kyi mendesak negara itu turut memberikan sokongan yang sama terhadap sistem demokrasi di mana-mana negara seluruh dunia.
"Australia harus lebih jelas dalam sokongannya untuk demokrasi.
"Jika anda menyatakan sokongan kuat terhadap demokrasi di Myanmar kenapa tidak kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia," katanya dalam sebuah wawancara dengan Herald.
Kekejaman itu katanya termasuk "banyak kes pembunuhan yang tidak terjawab", ujarnya termasuk kematian salah seorang aktivis aktivis parti Pakatan Rakyat akibat terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tahun lalu.
Berhubung pembebasan Suu Kyi, kata Anwar merupakan satu langkah yang positif.
Namun begitu, beliau tidak sependapat kerana menganggap pilihan raya umum negara itu yang diadakan baru-baru ini sebagai sesuatu perkara yang lucu apabila pihak pengkritik berpendapat proses pilihan raya itu tidak adil malah memihak kepada parti politik yang pro kepada junta tentera Myanmar.
"Saya tidak berkongsi pandangan itu. Pilihan raya yang diadakan itu sungguh lucu. Pembebasannya tidak bererti apa-apa kecuali dia dibenarkan untuk bergerak dengan mandat sebagai pemimpin terpilih Myanmar, suatu tuntutan yang timbul dari kemenangan partinya dalam pilihan raya 1990, dibatalkan oleh rejim tentera," kata Anwar.
Oleh Suara Keadilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan