Pengikut

Selasa, 26 Oktober 2010

Ujian berat di Batu Sapi, cerah di Galas

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR akan menghadapi ujian berat dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

"Saya akui, kita mesti bekerja keras di Batu Sapi," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas kes perbicaraan liwatnya ditangguhkan hari ini.

Bagaimanapun, mengenai pilihan raya kecil DUN Galas yang dijalankan serentak, Anwar berkata PAS sebaliknya mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Bagi kedua-dua kerusi, proses penamaan calon berlangsung serentak pagi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan