Pengikut

Isnin, 4 Oktober 2010

PENANG pun PENAIK jugak Ayaq tapi naik depa naik 'BERSENI'..!!!

Surcaj Penjimatan Air (WCS) tidak akan memberi kesan kepada 70 peratus pengguna air domestik yang menggunakan kurang daripada 35,000 liter air sebulan.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Jaseni Maidinsa berkata, hanya 30 peratus daripada pengguna air domestik berdaftar di Pulau Pinang menggunakan lebih daripada 35,000 liter air sebulan.

“Ini bermakna majoriti pengguna tidak akan terlibat dengan WCS. Kebanyakan pengguna domestik di Pulau Pinang tidak perlu membayar lebih untuk mendapatkan bekalan air,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar, semalam.

Menurutnya, orang ramai yang menggunakan kurang daripada 35,000 liter air sebulan akan terus menikmati tarif air domestik, antara yang termurah di dunia dengan kadar purata 31 sen setiap 1,000 liter air.

“Hanya pengguna domestik yang menggunakan lebih 35,000 liter sebulan akan dikenakan surcaj tetap sebanyak 24 sen untuk setiap 1,000 liter tambahan berkuat kuasa 1 November ini,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir kajian semua tarif air di Pulau Pinang dibuat pada 1 Januari 2001 iaitu hampir 10 tahun lalu. Sejak itu, kos bekalan air meningkat 64 peratus.

Menurutnya, PBAPP menghantar kertas cadangan kenaikan tarif kepada peniaga dan surcaj penjimatan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“SPAN mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan dari segi rasional termasuk aspek ekonomi, kewangan, sosial dan teknikal agar perubahan ini tidak membebankan pengguna secara keseluruhannya.

“Kemudian SPAN akan mengusulkannya kepada kerajaan. Hanya Kabinet yang mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan atau menolak permohonan itu,” katanya.

Jaseni berkata, SPAN memaklumkan kepada PBAPP bahawa cadangan itu diluluskan Kabinet pada 23 Ogos lalu dan PBAPP boleh menguatkuasakannya mulai 1 Oktober.

“Malah, pada 22 September lalu, PBAPP bermesyuarat dengan Exco Kerajaan Negeri dan mengambil keputusan mengumumkan secara rasmi surcaj dan kenaikan 27 peratus tarif air bagi pengguna Pulau Pinang berkuat kuasa 1 November ini,” katanya.

p/s : Inilah namanya seni dalam politik....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan